Agihan Kerusi Dalam BN Tidak Harus Dibuat Ikut Undi Majoriti Kaum - Shafie Apdal

Diterbitkan: Khamis, 13 November 2014 9:23 PM

Mohd Shafie Apdal

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Agihan kerusi antara parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak harus dibuat berdasarkan kaum yang menjadi majoriti pengundi di sesuatu kawasan pilihan raya, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata BN mengamalkan prinsip meletakkan calon yang mendapat sokongan semua lapisan masyarakat serta menjamin kemenangan besar BN dalam pilihan raya umum.
 

"Kalau kita letak calon yang hanya dapat meraih undi ataupun sokongan sesuatu kaum sahaja, maka ia merupakan satu perkembangan kurang sihat," katanya pada sidang media selepas melancarkan tarikan terbaru, i-City, "Itsy Bitsy" di sini, Khamis.

Mohd Shafie berkata demikian ketika mengulas desakan anggota Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi yang mahu semua Umno negeri membuat ketetapan bahawa mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai majoriti pengundi Melayu hanya ditandingi parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Puad dilaporkan sebagai berkata ketetapan itu boleh dibuat dalam Konvensyen Umno yang boleh turut membangkitkan agar MCA dan Gerakan bertanding hanya di kawasan majoriti pengundi Cina.
 
Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata sekiranya seseorang calon hanya bergantung kepada undi majoriti sesuatu kaum, ini menunjukkan ia seolah-olah menolak sokongan kaum lain.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementerian akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan i-City bagi membolehkan masyarakat luar bandar mempromosikan produk kraftangan mereka di pusat pelancongan itu. 

Tags / Kata Kunci: pembahagian kerusi , BN , Shafie Apdal

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan