MH17: Siasatan Diteruskan Hingga Ogos 2015 - Berita Semasa | mStar

MH17: Siasatan Diteruskan Hingga Ogos 2015

Diterbitkan: Khamis, 13 November 2014 6:21 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Siasatan mengenai punca sebenar pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh akan diteruskan Ogos 2015. 

"Pasukan Siasatan Bersama (JIT) yang menyiasat punca pesawat MH17 ditembak jatuh pada Julai telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh penyiasatan selama sembilan bulan lagi," kata Menteri Kehakiman Australia Michael Keenan dalam satu kenyataan pada Khamis. 

Beliau berkata JIT dianggotai oleh beberapa negara iaitu, Belanda, Ukraine, Australia, Belgium, Malaysia dan beberapa negara lain. 

Keenan berkata sementara negara lain bersetuju untuk melanjutkan tempoh penyiasatan, Australia 'bertekad' untuk melanjutkan penyiasatan lebih lama melebihi daripada tempoh yang ditetapkan sehingga pihak yang sepatutnya dihadapkan ke muka pengadilan. 

"Kerajaan Australia membuat keputusan untuk kembali ke tempat nahas dan ia merupakan keputusan bersama JIT dengan rakan daripada negara lain telah bersetuju untuk berbuat demikian apabila keadaan kembali selamat," katanya. 

Keenan berkata mesyuarat peringkat tertinggi untuk membincangkan isu berkenaan akan diadakan di Ukraine minggu ini bersama dengan pimpinan tertinggi di negara tersebut. 

MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai, kejadian tersebut mengorbankan semua 298 penumpang dan anak kapal yang berada dalam pesawat berkenaan, termasuk 43 rakyat Malaysia. 


Tags / Kata Kunci: MH17 , JIT , MAS , Michael Keenan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan