KL, Canberra Suarakan Komitmen Cari Pesawat MH370

Diterbitkan: Khamis, 13 November 2014 9:43 PM

(Ubah saiz teks)

PERTH: Malaysia dan Australia menyuarakan komitmen untuk meneruskan pencarian pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 ketika usaha mencari di dasar laut pesawat yang hilang itu diteruskan di selatan Lautan Hindi dalam keadaan yang amat mencabar. 

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia menghargai semua aset dan kepakaran diperlukan yang ditempatkan oleh Australia untuk mengesan pesawat Boeing 777 yang penumpangnya turut terdiri daripada warga Australia.
 
"Kami berharap akan ada isyarat yang menunjukkan arah pesawat itu mungkin ditemui," katanya pada sidang akhbar sebelum menamatkan lawatan kerja tiga hari ke Canberra dan Perth yang berakhir di sini pada Khamis.

Dalam perbincangannya dengan rakan sejawatan dari Australia, Warren Truss di Canberra pada Rabu, Muhyiddin berkata beliau menyatakan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan menyerah kalah dalam usaha mencari pesawat berkenaan.
 
"Kami tahu sangat penting bagi anggota keluarga mereka yang berada di dalam pesawat itu untuk menyaksikan ia berhasil dalam tempoh suatu masa lagi," katanya.

"Komitmen daripada pihak Australia pula adalah mereka akan terus bersama kita sehinggalah operasi pencarian ini berakhir," kata Muhyiddin. 

Timbalan perdana menteri melawat pejabat Fugro Survey Pty Ltd di pinggir Perth pada Khamis dan diberi taklimat berhubung fasa baharu usaha mencari di dasar laut itu.

Taklimat itu dikendalikan pegawai dari Pusat Penyelarasan Agensi Bersama, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia dan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia.

Operasi baharu di dasar laut itu, yang bermula pada awal Oktober, melibatkan dua kapal pencarian Fugro Survey, satu operasi dibiayai bersama Kuala Lumpur dan Canberra, dengan kos AUD 120 juta (kira-kira RM343 juta), kata Muhyiddin.

GO Phoenix, kapal yang disewa kontrak Malaysia, turut mengadakan pencarian di dasar laut menggunakan sistem sonar canggih dalam operasi RM67 juta dibiayai Petronas.

Muhyiddin berkata beliau dimaklumkan pasukan mencari berdepan keadaan laut bergelora dan kedalaman sehingga 7,000 meter dalam usaha mereka untuk mengesan pesawat itu yang hilang bersama 239 orang pada 8 Mac.

Muhyiddin berkata tragedi MH370 merapatkan lagi hubungan antara Malaysia dan Australia yang telah sedia akrab. 

Selain Truss, pemimpin Malaysia itu turut mengunjungi Ketua Menteri Australia Barat Colin Barnett di Perth pada Khamis.

Beliau berkata Barnett membayangkan hasrat untuk mewujudkan sebuah memorial sebagai memperingati kesemua individu di dalam pesawat MH370.

Muhyiddin berkata perbincangan dengan pemimpin Australia itu turut menyentuh tentang kepentingan mempertingkatkan hubungan dalam pelbagai bidang antara Malaysia dan Australia, misalnya perdagangan, pendidikan, pelancongan dan ketenteraan.

Beliau turut merasmikan pembukaan Dewan Malaysia Perth di Newcastle Street.
Tags / Kata Kunci: MH370 , Malaysia , Canberra

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan