Kerajaan DAP Didakwa Jual Rumah Pada Harga Tinggi

Diterbitkan: Khamis, 13 November 2014 10:02 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang, menerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) didakwa membuat pengambilan tanah dengan harga rendah dan menjual rumah yang dibina di tanah itu pada harga yang tinggi.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid mendakwa projek perumahan di bawah PDC dijual melebihi harga siling dan had yang dimohon kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Misalnya, projek rumah yang dibangunkan PDC, Intan Delima Bandar Cassia, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan yang memperoleh Sijil Menduduki (OC) pada 2013, dijual dengan harga RM306,360," katanya pada sidang media di lobi DUN di sini, Khamis.

"Jualan ini melebihi had yang dimohon kepada kementerian. Harganya juga melebihi harga rumah mampu milik. Di Seberang Perai, harga siling rumah ialah RM250,000. Namun, yang dilaporkan oleh PDC kepada kementerian untuk projek itu harga siling adalah RN220,000," kata ADUN Teluk Air Tawar itu.

Tags / Kata Kunci: Pulau Pinang , DAP , BN

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan