Banjir Di Tenom Surut, Tiga Kampung Di Beaufort Berjaga-Jaga

Diterbitkan: Khamis, 13 November 2014 12:57 PM

(Ubah saiz teks)

BEAUFORT: Tiga kampung diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas paras air di Sungai Padas naik hingga 9.10 meter melepasi paras bahaya pada 8.7 meter setakat pagi Khamis.

Kampung Balibata, Kampung Lumatai dan Kampung Bakalau terjejas dengan beberapa rumah dinaiki air sejak pagi Khamis.

Setiausaha Jawatankuasa Bencana Daerah, Jupri Etok berkata, pusat pemindahan telah dibuka sejak Rabu bagi sebarang kemungkinan pemindahan mangsa banjir.

"Tiga kampung itu diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan dipantau rapi, apabila paras air mencecah lantai beberapa rumah dan ketika ini, Jawatankuasa Bencana Daerah sedang memantau keadaan, katanya.

Beliau berkata, bomba dan anggota tentera dari Kem Lok Kawi telah bersiap sedia sejak Rabu untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti bencana yang menimpa kawasan itu pada tahun lepas.

Paras air terus meningkat sejak pukul 1 pagi tadi daripada 8.98 meter (paras amaran) kepada 9.10 meter pada pukul 10 pagi Khamis.

"Paras air 7.56 meter pada pukul 8 malam tadi (Rabu) sebelum meningkat ke paras bahaya, kami memantau dengan rapi paras air di sungai. Buat setakat ini, tiada penduduk kampung dipindahkan tetapi kami memantau," katanya.

Jupri berkata, sekolah-sekolah di kampung itu telah diperingatkan supaya memaklumkan dengan segera kepada jawatankuasa itu untuk bantuan, memandangkan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia masih berjalan.

Di TENOM, banjir yang melanda tiga kampung di sini sejak semalam sudah surut dan keadaan kembali normal setakat pagi Khamis.

Pegawai Daerah Maditem Layapan berkata tiga kampung itu Ulu Temani, Ponontomon dan Pantungan Sapon.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan penduduk supaya berjaga-jaga dan berpindah ke tempat selamat jika keadaan cuaca bertambah buruk.


"Ini kali ketiga Tenom mengalami banjir tahun ini. Pertama pada Februari dan sekali lagi Mei," katanya.

Paras air di Empangan Pangi di dalam daerah itu di bawah paras bahaya pada Khamis dengan bacaan pada 171.95 meter.

Tags / Kata Kunci: banjir , Tenom

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan