VLE Tidak Gagal, Kata KSU Kementerian Pendidikan

Diterbitkan: Rabu, 12 November 2014 9:49 PM

Pelajar menggunakan platform VLE untuk memudahkan pemahaman dalam pembelajaran. Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Platform Persekitaran Pembelajaran Maya Kementerian Pendidikan tidak gagal dan tiada cadangan untuk membatalkannya, kata Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Dr Madinah Mohamad.


Beliau berkata demikian bagi menyangkal dakwaan seorang anggota Parlimen daripada pembangkang bahawa ia mungkin menjadi projek 'gajah putih'.

"Kerajaan telah melabur RM663 juta (dalam VLE) dan kami tidak akan menghentikannya.

"Kami akan menggunakan sepenuhnya apa yang telah dilaburkan kerana mahu melihat hasil daripada pelaburan (ROI) itu," katanya dalam 'Sesi Bersama Media:Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri Ketiga' di Auditorium Perdana, Angkasapuri.

Beliau menjawab soalan media berhubung kenyataan anggota Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari pada Selasa yang khuatir ia mungkin menjadi projek gajah putih selepas dilaporkan dalam siri ketiga Laporan Ketua Audit Negara 2013 bahawa projek itu kurang digunakan dengan kurang daripada lima peratus penggunaannya sejak dilaksanakan pada 2011.

Dr Madinah berkata, adalah terlalu bagi mengukur kejayaannya memandangkan projek itu dicadangkan untuk tempoh 15 tahun.

"Saya percaya projek ini bukan satu kegagalan. Saya tidak fikir kami perlu menghentikan apa yang telah kami mulakan. Ini adalah pelaburan kerajaan dan kami percaya ROI dalam pelaburan ini akan hanya dapat dilihat dalam tahun-tahun akan datang," katanya.

Beliau berkata, setakat 31 Oktober tahun ini, 69.3 peratus guru telah menggunakan VLE secara aktif manakala 33 peratus pelajar dan tiga peratus ibu bapa telah menggunakan teknologi itu.

Penggunaan VLE dijangka mencecah 30 peratus tahun depan, katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata, penggunaan VLE yang kurang daripada lima peratus pada peringkat awal pelaksanaan memang dijangka.

Penggunaannya dijangka meningkat dalam tahun-tahun akan datangapabila para guru digalak membangunkan kandungan mereka sendiri dan memuat naik dalam VLE.


iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan