1MDB: Surat Sokongan Bukan Jaminan Kerajaan - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Rabu, 12 November 2014 3:15 PM

Ahmad Maslan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Surat sokongan dikeluarkan kerajaan kepada pemegang bon hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah AS$3 bilion sama sekali bukan jaminan kerajaan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Sehubungan itu, katanya, dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kononnya ia satu sokongan mengandungi jaminan oleh kerajaan kepada 1MDB adalah tidak benar.

"Saya memahami terdapat satu surat sokongan dikeluarkan kerajaan untuk bon berjumlah AS$3 bilion itu, namun ia bukan memberi jaminan kerajaan.

"Surat sokongan itu membawa maksud sekiranya 1MDB tidak mampu membayar pinjaman berjumlah AS$3 billion itu, maka 1MDB perlu menstruktur semula asetnya berjumlah RM51 bilion bagi membayar hutang berkenaan.

"Dalam hal ini, 1MDB akan menggunakan semua asetnya sehingga habis yang berjumlah RM51 billion itu untuk membayar hutang bernilai AS$3 billion," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Rabu.

Beliau menjelaskan mengikut rekod sehingga hari ini juga membuktikan 1MDB tidak pernah gagal menjelaskan hutangnya mengikut jadual pembayaran balik seperti ditetapkan.

Isnin lalu, Setiausaha Agung PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memaklumkan akan merujuk Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ekoran kenyataannya yang dikatakan mengelirukan Dewan Rakyat.

"Saya tidak mengelirukan dewan...saya sebut jaminan hanya diberi kepada pinjaman berjumlah RM5.8 bilion yang termasuk dalam 'contingent liability', bukan ditambah dengan AS$3 bilion itu," katanya.
Tags / Kata Kunci: Ahmad Maslan , IMDB

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan