Selangor Jamin Langat 2 Untungkan Rakyat - Azmin

Diterbitkan: Rabu, 12 November 2014 6:01 PM

Azmin akan memastikan tiada unsur pembaziran dalam projek Langat 2.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan Selangor memberi jaminan perjanjian penstrukturan air antara negeri itu dengan kerajaan Persekutuan akan memberi nilai terbaik kepada rakyat.

Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali berkata, ia termasuk bagi memastikan tiada unsur pembaziran dalam projek pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

"Walaupun beberapa perkara utama seperti kos dan terma pengambilalihan empat syarikat konsesi telah diputuskan sebelum saya menjawat amanah sebagai Menteri Besar Selangor, saya yakin ada ruang yang perlu digunakan sepenuhnya oleh pentadbiran baharu untuk memastikan penstrukturan industri air ini memberi nilai terbaik kepada rakyat Selangor secara menyeluruh.

"Ruang ini termasuklah memastikan pembinaan projek Langat 2 baik dari segi kapasiti, kos kejuruteraan dan pembinaan dinilai secara objektif oleh wakil kerajaan Selangor supaya tidak ada unsur pembaziran yang kelak akan membebankan rakyat," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Selain itu, menurut Azmin, kerajaan Selangor menerusi anak syarikatnya iaitu Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah memuktamadkan pembelian saham dengan Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB).

Pembelian itu merupakan sebahagian syarat dalam Perjanjian Induk Penstrukturan Air Selangor bertarikh 12 September lalu yang dimeterai tiga pihak iaitu kerajaan Selangor, kerajaan Persekutuan dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Ia melibatkan dua syarikat pemegang konsesi air iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB).

"Dengan pembelian saham ini sebahagian besar operasi dan aset air akan kembali kepada rakyat yang membolehkan kerajaan Selangor melalui Air Selangor mula mengambil alih dan menyusun semula operasi Syabas dan PNSB.

"Tumpuan utama akan diberikan kepada usaha mengurangkan kadar air tidak berhasil (non-revenue water) yang merugikan rakyat serta memastikan bekalan air mencukupi secara berterusan untuk rakyat Selangor," kata Azmin.

Tambah beliau, kerajaan Selangor juga berhasrat untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan air yang lebih mesra rakyat dan responsif kepada pengguna di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan