Penggantungan Saari, Hasnul Kekal

Diterbitkan: Rabu, 12 November 2014 12:56 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Majlis Syura Ulama PAS mengekalkan keputusan menggantung keahlian dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) partinya iaitu, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharudin (Morib).

Perkara itu didedahkan oleh Saari yang menerima surat pemakluman itu pada petang Jumaat, manakala Hasnul menerimanya lebih awal iaitu petang Khamis lalu melalui khidmat kurier.

Saari yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemantau Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) Selangor berkata, sebagai wakil rakyat, dia menerima keputusan yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama pada 2 November lalu itu dengan hati yang terbuka. 

"Dalam surat tersebut memaklumkan penggantungan keahlian saya dan Hasnul dikekalkan. Apa pun saya masih boleh menjalankan tanggungjawab sebagai Adun PAS, cuma tidak boleh terlibat dengan sebarang aktiviti parti di peringkat kawasan mahupun negeri.

"Saya juga akan kekal sebagai Adun Pakatan Rakyat (PR) dan menjalankan tanggungjawab sebagai Adun di kawasan saya seperti biasa," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Antara intipati surat yang diterima Saari dan Hasnul adalah arahan agar mereka terus istiqamah dalam jamaah dan berdisiplin.

Hasnul pula memberitahu, beliau terpaksa menerima keputusan yang telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama walaupun dengan berat hati.

"Nak buat macam mana, saya kena terima keputusan yang telah dibuat. Dalam surat tersebut memaklumkan penggantungan tersebut kekal dan jika mengikut perlembagaan parti saya sudah tidak boleh merayu lagi," katanya.

Ditanya apakah tindakan beliau selepas ini, Hasnul berkata: "Saya tetap akan bersama PAS, kerana tujuan saya tandatangan akuan bersumpah (SD) itu pun hanya untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat (PR). Selagi PAS bersama PR saya tetap akan bersama mereka."

"Saya juga akan meneruskan kerja-kerja di pusat khidmat Adun seperti biasa kerana tidak boleh terlibat dengan aktiviti parti selama setahun," katanya. 

Pada 11 Oktober lalu, Jawankuasa PAS pusat membuat keputusan menggantung keahliaan Saari dan Hasnul selama setahun berkuat kuasa serta merta.

Namun pada 27 Oktober, kedua-dua mereka mengemukakan rayuan terhadap hukuman berkenaan.

Kemudian, pada 2 November, Majlis Syura Ulama telah mengadakan mesyuarat berkenaan keputusan rayuan yang dikemukakan kedua-dua Adun PAS berkenaan, bagaimanapun Setiausaha Agungnya, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh enggan mendedahkan keputusan mesyuarat yang ditelah diputuskan. 

Saari dan Hasnul sebelum ini menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar ketika Selangor dilanda krisis jawatan tersebut.

Kedua-dua Adun itu kemudiannya dipanggil oleh Jawatankuasa PAS Pusat bagi memberi penjelasan berhubung tindakan mereka menyokong pencalonan Dr Wan Azizah dan membuat kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan