Pengambilan Pelajar Perubatan Baharu Diputuskan Senat IPTA - Mary Yap

Diterbitkan: Rabu, 12 November 2014 4:17 PM

Gambar Hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengurangan pengambilan pelajar perubatan baharu di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) diputuskan oleh senat institusi masing-masing, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching.


Beliau berkata, senat IPTA mengambil kira nisbah pensyarah dan pelajar, kemudahan pengajaran dan pembelajaran, kemudahan tempat latihan atau praktikal serta peruntukan sedia ada di institusi mereka.

"Persaingan mendapatkan tempat di IPTA dalam program pengajian kompetitif seperti perubatan sangat sengit apabila bilangan calon yang memperoleh keputusan cemerlang meningkat setiap tahun.

"Selain pencapaian akademik calon yang cemerlang, aspek kualiti calon juga diberi keutamaan dalam soal pengambilan pelajar bagi program pengajian perubatan," katanya semasa sesi soal jawab Persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Beliau menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang ingin tahu jumlah pelajar yang diterima mengikuti kursus perubatan, farmasi dan pergigian di IPTA setiap tahun sejak 2010 dan punca penerimaan pelajar baharu dikurangkan.

Yap berkata, secara purata sebanyak 1,200 pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi dan Sains Asasi ditawar mengikuti kursus perubatan, pergigian dan farmasi di IPTA setiap tahun.

Menurutnya, mereka terdiri daripada 807 orang pelajar program perubatan, farmasi (227) dan pergigian (166).

Menjawab soalan tambahan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) mengenai langkah kerajaan meningkatkan kualiti murid di sekolah, Yap berkata kementerian melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menekankan enam ciri murid berkualiti untuk bersaing pada peringkat global.

Katanya, enam ciri tersebut ialah kemahiran kepimpinan, dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti nasional serta kemahiran berfikir.

"Banyak inisiatif sedang dan akan dilaksanakan di bawah PPPM sehingga 2025 bagi melahirkan pelajar berkualiti kerana semua ciri tersebut penting untuk mereka menghadiri temuduga," jelasnya.


Tags / Kata Kunci: IPTA , pelajar perubatan , Mary Yap

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan