Saya Perlu Berehat - Hadi

Diterbitkan: Rabu, 12 November 2014 7:00 PM

Abdul Hadi terpaksa mengehadkan aktiviti ceramah pada waktu malam kerana masalah kesihatan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Akhirnya isu ketiadaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam beberapa siri mesyuarat pakatan pembangkang terjawab apabila Presiden PAS itu sendiri mengakui mengalami masalah kesihatan.

"Rasa tak berapa sihat sikit sejak akhir-akhir ini. Suara pun tak berapa nak keluar," katanya kepada Harakah Daily di Parlimen pada Selasa.

Lidah rasmi PAS itu turut melaporkan bahawa Abdul Hadi kelihatan tidak selesa ketika membahaskan Bajet 2015 di Parlimen pada pagi Selasa.

Malah ketika berucap di Dewan Rakyat, suara Abdul Hadi dikatakan sering tersekat-sekat dan beliau hanya mengambil masa kurang 10 minit untuk berbahas.

Selain itu, Abdul Hadi turut mengakui beliau terpaksa mengehadkan aktiviti ceramah pada waktu malam.

"Malam ini pun tak ada program, saya perlu berehat," katanya.

Media pada Rabu melaporkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terus mendesak Abdul Hadi supaya menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang akan datang.

Katanya, mereka sanggup menunggu sehingga beliau boleh menghadiri mesyuarat tersebut.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan