Guan Eng Desak Hadi Hadir Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat

Diterbitkan: Rabu, 12 November 2014 12:58 PM

Abdul Hadi Awang.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terus mendesak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya menghadiri mesyuarat  Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Malah, Guan Eng berkata, mereka sanggup menunggu sehingga beliau boleh menghadiri mesyuarat tersebut.

"Jawatankuasa Eksekutif Pusat (DAP) menggesa Hadi supaya hadir mesyuarat untuk menjadikan Pakatan Rakyat berdaya maju kerana Pakatan adalah gabungan tiga parti, PAS, PKR dan DAP," kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Lim dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, kehadiran Hadi dalam mesyuarat tersebut adalah wajib kerana beliau adalah kuasa tertinggi yang boleh membuat keputusan dalam PAS.

"DAP akan menunggu sehingga dia boleh hadir mesyuarat ini," katanya.

Ketiadaan Hadi pada mesyuarat tersebut menimbulkan tanda tanya Lim sama ada perkara yang dipersetujui wakil PAS pada mesyuarat  adalah keputusan akhir atau masih belum mendapat persetujuan presiden PAS itu.


Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , DAP , PAS , Abdul Hadi Awang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan