DAP Cadang 30% Jawatan CEC Untuk Wanita - Berita Semasa | mStar

DAP Cadang 30% Jawatan CEC Untuk Wanita

Diterbitkan: Rabu, 12 November 2014 12:05 PM

Lim Guan Eng.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: DAP akan menghantar pelbagai kertas kerja untuk meminda perlembagaan parti pada persidangan kebangsaan yang akan datang, termasuk cadangan 30 peratus daripada kerusi bagi jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) diberikan kepada wanita.

"Ini adalah usaha bersama-sama DAP untuk menggalakkan lebih ramai wanita menyertai DAP dan menunjukkan komitmen kami untuk meningkatkan pemimpin wanita di Malaysia terutamanya penyertaan pemimpin wanita muda," kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan pada Rabu.

CEC DAP pada malam Selasa memutuskan bahawa kertas kerja akan dihantar pada persidangan kebangsaan parti itu pada 14 Disember ini di Dewan Konvensyen One City.

Lim berkata, langkah itu bertujuan untuk mendapatkan semula kepercayaan dan meraih semula keyakinan pengundi dengan menunaikan janji yang telah dibuat.


Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , CEC , DAP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan