Tiada Tarikh Khusus Isytihar Status MH370

Diterbitkan: Selasa, 11 November 2014 11:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang tarikh ditetapkan dan diputuskan kerajaan untuk mengisytihar status pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 yang masih hilang sejak lapan bulan lepas.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata ini kerana kerajaan masih lagi menjalankan rundingan berterusan dengan kerajaan China dalam membuat pengisytiharan sama ada pesawat itu hilang dan sebagainya.

"Kerjasama erat kedua-dua kerajaan masih lagi berjalan. Malah pencarian masih dilakukan sehingga kini," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat, Selasa.

Pengarah Komersial MAS, Hugh Dunleavy baru-baru ini dipetik sebagai berkata bahawa syarikat itu sedang menunggu bagi Penerbangan MH370 diisytiharkan secara rasmi hilang supaya pampasan boleh diuruskan bagi waris penumpang.

Mengulas mengenai perkara itu, MAS dalam satu kenyataan semalam memberitahu, itu cuma luahan pendapat peribadi dan sebarang tindakan sentiasa berpandukan nasihat pasukan teknikal yang bertanggungjawab bagi operasi pencarian.

Ab Aziz berkata siasatan mengenai kehilangan misteri pesawat itu masih lagi dijalankan dan segala perkembangan akan dimaklumkan apabila penyiasat menemui sebarang petunjuk dan maklumat baharu.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada imbasan radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 malam 8 Mac.

Usaha mencari masih dijalankan di selatan Lautan Hindi.

Dalam perkembangan lain, Ab Aziz berkata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Ismail Ahmad telah tersalah penggunaan perkataan ketika membuat kenyataan bahawa agensi itu sasarkan 5,000 orang ramai mati menjelang 2020 di jalan raya.

"KP Pengarah salah penggunaan bahasa. Patut guna kemalangan maut dan bukannya orang mati," katanya ketika diminta jelaskan kenyataan itu yang telah menjadi viral di media sosial.

Ab Aziz turut mengulas mengenai ketegasan operasi penguatkuasaan JPJ terhadap cermin gelap dan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi sejak kebelakangan ini.

Beliau menegaskan operasi itu adalah supaya JPJ dan Polis Diraja Malaysia mampu mengesan pesalah undang-undang dengan lebih mudah dan efisien serta bukannya ingin menyusahkan mana-mana pihak.

Beliau turut menarik perhatian JPJ dalam proses mengkaji nombor pendaftaran kenderaan yang standard dan nasional untuk diguna pakai kesemua pihak di negara ini.

"Ini dalam peringkat kajian kerana ia akan memberi kesan kepada sesetengah pihak yang terlibat secara langsung dalam perkara ini. Sebarang keputusan akan diumumkan kelak," katanya.

Persidangan Dewan bersambung esok.

Tags / Kata Kunci: MAS , MH370

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan