Sijil Kemahiran Bakal Ditawar Di 38 Penjara

Diterbitkan: Selasa, 11 November 2014 5:40 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Jabatan Penjara Malaysia bakal menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan 3 bagi 10 bidang kemahiran menerusi program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) melibatkan 38 institusi penjara di seluruh negara tahun hadapan.

Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional) Datuk Hassan Sakimon berkata bidang kemahiran terlibat dikenal pasti mempunyai pasaran yang luas dan permintaan yang tinggi termasuk kimpalan, jahitan, landskap, masakan, pengeluran produk pastri dan tekstil.

Beliau berkata usaha tersebut sebagai langkah mempertingkatkan kemahiran penghuni penjara pada tahap yang lebih profesional dan mempersiapkan mereka dengan dunia pekerjaan sebenar apabila dibebaskan.

"Jabatan Pembangunan Kemahiran sedang menjalankan penilaian melibatkan beberapa aspek utama di semua institusi penjara yang melaksanakan SLDN bagi memastikan kita layak menawarkan SKM Tahap 2 dan 3.

"Antara aspek penting yang diambil kira termasuk kelengkapan, mesin, bahan mentah dan tenaga pengajar di institusi terlibat mencukupi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Penghuni Sekolah Henry Gurney, Telok Mas di sini, Selasa.

Turut hadir Timbalan Komisioner Penjara, Ketua Seksyen Vokasional dan Industri Jabatan Penjara Datuk Mohd Sakeri Dollah dan Pengarah Sekolah Sekolah Henry Gurney Telok Mas Lim Kim Mooi.

Mengulas lanjut, Hassan berkata setakat ini SKM Tahap 1 yang ditawarkan menerusi program SLDN melibatkan 44 bidang kemahiran termasuk jahitan, kimpalan, landskap, perkayuan, pertanian, kecantikan dan kraftangan.

Beliau berkata seramai 9,210 penghuni telah mengikuti program itu dengan 8,030 daripada mereka menerima SKM Tahap 1 sejak ia dilancarkan pada 2012.

"Melalui program itu juga, lebih RM8 juta diperoleh menerusi jualan pelbagai produk yang dihasilkan penghuni penjara antara Januari hingga Oktober tahun ini," katanya.

Sementara itu, Mohd Sakeri berkata pihaknya mengalu-alukan kerjasama dan penglibatan syarikat swasta serta industri untuk menyertai program SLDN bagi membantu dan membimbing penghuni penjara meningkatkan kemahiran mengikut skop industri atau dunia pekerjaan sebenar.

Beliau berkata melalui kerjasama itu juga, syarikat dan industri berkenaan secara tidak langsung boleh mendapatkan khidmat penghuni penjara yang terlibat dalam program tersebut sebagai tenaga kerja apabila mereka dibebaskan dari penjara.

"Kebanyakan mereka mempunyai kemahiran yang setaraf dengan tenaga mahir di luar sana dan ianya adalah kerugian kepada negara sekiranya mereka tidak diberi peluang serta ruang untuk bekerja mengikut kepakaran masing-masing," katanya.


iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan