Selangor Belum Mulakan 494 Projek Pembangunan

Diterbitkan: Selasa, 11 November 2014 12:19 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor belum memulakan 494 projek atau 64.7 peratus daripada 763 projek pembangunan yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3.

Laporan itu menyebut antara projek terbabit adalah projek menaik taraf laluan atau jalan melibatkan kos RM250 juta.

Selain itu, lima projek dengan nilai tertinggi iaitu RM465 juta yang membabitkan kerja membina dan menaik taraf jalan, masih dalam perancangan proses tender, menurut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Sementara itu, sebanyak 623 projek iaitu 81.7 peratus daripada 763 projek di bawah RMK-10 yang diluluskan telah siap atau sedang dilaksanakan.

Antara projek itu adalah projek menaik taraf Mahkamah Syariah, projek tebatan banjir dan pembinaan pejabat agama Islam.

Namun, menurut laporan itu, lima projek yang lewat disiapkan mengikut jadual termasuk projek pembinaan kompleks Islam Daerah Gombak dan Kuala Selangor.

Menurut laporan itu, pencapaian pelaksanaan projek pembangunan di Selangor bagi tempoh tiga tahun pertama di bawah RMK-10 sehingga 31 Dis 2013 adalah kurang memuaskan kerana hanya 269 projek atau 35.3 peratus daripada 763 projek yang telah disiapkan atau dalam pelaksanaan.

Bagaimanapun, menurut laporan itu, secara keseluruhan perbelanjaan pembangunan kerajaan negeri Selangor pada 2011-2013 adalah baik.

Sejumlah RM1,780.90 juta daripada peruntukan RM2,016.47 juta telah dibelanjakan dalam tempoh itu. Jumlah ini merupakan 59.4 peratus daripada anggaran peruntukan pembangunan RMK-10 yang berjumlah RM3 bilion.

Sementara itu, pengauditan ke atas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mendapati enam masjid kelolaan jabatan itu di daerah Sepang, Petaling dan Gombak, tidak disenggara dalam tempoh tiga tahun terakhir sehingga menyebabkan masjid tersebut mengalami kerosakan berterusan.

Menurut laporan itu, terdapat juga kerja penyenggaraan baik pulih yang dilaksanakan ke atas masjid negeri tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan menyebabkan hasil kerja pembaikan tidak tahan lama serta memerlukan pembaikan semula.

Bagi memperbaiki kelemahan itu, pihak audit mengesyorkan kerajaan negeri Selangor dan Jais melaksanakan penyenggaraan baik pulih masjid negeri dan masjid lain dengan menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi.

Jais turut disaran menjalankan pengesanan kerosakan dan melaksanakan program penyenggaraan pencegahan di seluruh masjid negeri Selangor.

Terdapat 418 buah masjid di bawah Jais.

Selain itu, Jais dan Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta mempertingkatkan pemantauan terhadap pelaksanaan kerja oleh kontraktor supaya kerja yang dilaksanakan mematuhi spesifikasi.

Tags / Kata Kunci: Audit Negara

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan