Laporan Audit: 45 Projek PFI II Belanja Kurang 50 Peratus Peruntukan

Diterbitkan: Selasa, 11 November 2014 12:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara 2013 siri 3 mendapati 45 daripada 313 projek di bawah Akaun Amanah Aktiviti Pembangunan Khas Pembiayaan Swasta (PFI II) membelanjakan kurang daripada 50 peratus peruntukan yang diluluskan sehingga 31 Disember 2013.

Menurut laporan itu, peratusan perbelanjaan bagi projek-projek tersebut adalah antara satu peratus dan 42.5 peratus.

"Secara keseluruhan, hanya sejumlah RM225.65 juta atau 25 peratus daripada peruntukan berjumlah RM904.26 juta telah dibelanjakan oleh lapan kementerian/jabatan bagi membiayai 45 projek tersebut," katanya.

Semakan audit juga mendapati tiga projek masih belum dilaksanakan oleh tiga kementerian sehingga akhir tahun lepas meski pun Surat Kuasa Berbelanja telah dikeluarkan.

Sementara itu, semakan audit selanjutnya mendapati dua kementerian telah berbelanja melebihi peruntukan yang diluluskan berjumlah RM123.19 juta bagi 18 projek.

Menurut laporan itu, dalam maklum balas kementerian yang diterima antara 20 Mei dan 6 Jun 2014 menyatakan peruntukan tidak dibelanjakan dan kurang dibelanjakan berpunca daripada perubahan skop kerja atau reka bentuk yang menyebabkan projek lewat dimulakan.

Katanya projek diberikan lanjutan masa (EOT) dan tawaran tender atau surat setuju terima hanya dikeluarkan pada tahun ini.

Katanya lagi terdapat juga program yang kurang mendapat sambutan selain pertukaran tapak asal projek dan projek/program masih dalam proses pembinaan/pelaksanaan.

Bagi perbelanjaan melebihi peruntukan, Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa tindakan sedang diambil untuk mengemukakan permohonan Notis Perubahan Siling kepada perbendaharaan Negara, katanya.

PFI II yang ditubuhkan pada 23 Disember 2011 menerima sejumlah RM10 bilion daripada Syarikat Pembinaan PFI Sdn Bhd sehingga 31 Disember 2013.

Sejumlah RM7.574 bilion diperuntukkan kepada 16 kementerian/jabatan bagi melaksanakan 313 projek, dan sehingga akhir tahun lepas, sejumlah RM4.903 bilion telah dibelanjakan. 

Tags / Kata Kunci: PFI II , laporan audit

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan