1,212 Pusat Bertauliah Latih Tenaga Mahir Tempatan

Diterbitkan: Selasa, 11 November 2014 3:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,212 pusat bertauliah ditubuhkan bagi meningkatkan peratusan pekerja mahir tempatan dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada tenaga mahir warga asing, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abdul Muttalib.

Beliau berkata pusat itu merangkumi 401 pusat bertauliah awam dan 811 pusat bertauliah swasta yang akan membantu kerajaan merealisasikan hasrat untuk meningkatkan peratusan tenaga mahir sebanyak 33 peratus pada 2015 dan 50 peratus menjelang 2020.

"Keprihatinan kerajaan dalam memastikan ekspatriat tidak menguasai pasaran pekerjaan direalisasikan melalui penubuhan pusat-pusat tersebut," katanya menjawab soalan Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Normala ingin tahu langkah yang diambil kerajaan bagi mengawal pengambilan tenaga mahir warga asing dalam sektor perkapalan bagi menjamin pelajar Akademi Laut Malaysia (Alam) mendapat pekerjaan.

Ismail berkata selain itu, kerajaan juga menubuhkan Jawatankuasa Ekspatriat (JKE) yang berfungsi sebagai Pusat Kelulusan Sehenti di bawah seliaan Kementerian Dalam Negeri.

"JKE berperanan mempertimbangkan dan meluluskan pelbagai jawatan ekspatriat, tenaga mahir serta profesional dalam sektor swasta dan awam. JKE dianggotai pelbagai agensi kawal selia, termasuk Jabatan Tenaga Kerja dan Kementerian Sumber Manusia," katanya.

Kepada soalan tambahan Nasruddin Hassan (PAS-Temerloh) yang ingin tahu tindakan kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga mahir warga asing.

Ismail berkata penetapan kadar gaji minimum RM900 sebulan di Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak serta Labuan merupakan satu daripada langkah yang diambil kerajaan.

Di samping itu, sebuah Jawatankuasa Kabinet Berhubung Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga telah ditubuhkan bagi menangani isu itu.

Tags / Kata Kunci: Dewan Rakyat

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan