MH17: Najib Gesa Putin Buka Laluan

Diterbitkan: Selasa, 11 November 2014 11:59 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Presiden Rusia Vladimir Putin untuk membantu memberi akses sepenuhnya ke kawasan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 bagi memudahkan pasukan penyiasat melakukan siasatan penuh berhubung insiden itu.

Najib berkata banyak lagi yang perlu dilakukan sebelum kes itu dapat dimuktamadkan dan berharap kedua-dua pihak, Rusia dan Ukraine, memahaminya.

"Sekarang kita berada pada tahap masih banyak persoalan berbanding jawapan yang diperoleh untuk dimaklumkan kepada waris penumpang yang terlibat.

"Kami berharap kami boleh bergantung kepada anda untuk membantu kami menyimpulkan apa sebenarnya yang berlaku terhadap MH17," katanya kepada Putin semasa mesyuarat dua hala di sini.

Sementara itu, Putin berkata Rusia akan membantu menyelesaikan masalah itu bersama-sama Malaysia dan bersetuju isu akses ke tapak nahas adalah paling utama.

Putin juga bersetuju bahawa adalah penting untuk menjalankan penyiasatan yang menyeluruh berhubung kejadian itu.

Pesawat MH17 Boeing 777-220 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal itu, terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lepas setelah ditembak jatuh semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Antara mayat mangsa yang telah dikenal pasti termasuk kesemua 44 rakyat Malaysia.

Lembaga Keselamatan Belanda antara lain menyebut struktur pesawat MH17 berkecai di udara berkemungkinan akibat ditembusi objek berkuasa tinggi dari luar pesawat dan tiada petunjuk bahawa nahas disebabkan masalah teknikal atau perbuatan anak kapal.

Tags / Kata Kunci: Ukraine , Rusia

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan