Pelajar Perlu Pilih Pengajian Sesuai Dengan Peluang Pekerjaan - Mukhriz

Diterbitkan: Selasa, 11 November 2014 4:01 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pelajar perlu memilih bidang pengajian yang bersesuaian bagi memastikan kebolehpasaran mereka dalam industri setelah menamatkan pelajaran kelak, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata hasrat kerajaan Kedah antaranya untuk mewujudkan taman teknologi baharu akan mewujudkan lebih kurang 10,000 lagi peluang pekerjaan dalam tempoh antara dua hingga tiga tahun akan datang.

"Kalau dia (pelajar) ambil jurusan yang tersasar daripada perancangan itu, nanti jadi masalah, dia akan balik kepada kita juga untuk suruh cari kerja," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Kerjaya Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) di sini, Selasa.

Beliau berkata pada masa kini misalnya terlalu ramai pelajar lelaki yang mengambil jurusan agama berbanding bidang kepakaran lain seperti jurutera dan pengurusan.

"Kerja itu (dalam bidang agama) tak banyak, yang lebih banyak ialah jurutera, juruteknik, pengurusan dan sebagainya. Jadi kalau kita nak pastikan kebolehpasaran graduan, ia mestilah mulakan (persiapan) awal," katanya.

Selain itu Mukhriz berkata, skim latihan kemahiran dan vokasional juga boleh menjamin pekerjaan dan membolehkan seseorang itu memperoleh pendapatan yang tinggi.

"Paling mudah sekali Giat Mara dulu pernah buat latihan kimpalan dan sekarang jurukimpal ada yang bergaji antara RM3,000 hingga RM30,000, mengikut kemahiran.

"Bukan maksud saya tak galakkan mereka ke universiti, tapi masih ada pilihan kedua dan ketiga yang mereka boleh ambil," katanya. 


Tags / Kata Kunci: Mukhriz Mahathir

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan