MH17: Malaysia Tunggu Laporan Rusia - Najib

Diterbitkan: Selasa, 11 November 2014 9:36 AM

Najib dan Putin (kanan) sempena Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama EKonomi Asia Pasifik (APEC) 2014 di Beijing.

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Malaysia sedang menunggu laporan Rusia untuk membuat kesimpulan mengenai nahas pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Laporan interim yang dikeluarkan oleh badan penyiasat menunjukkan bahawa ia bukan satu kemalangan.

"Pesawat itu ditembak jatuh oleh objek berkelajuan tinggi.

"Banyak tugas telah dilakukan sebelum kita boleh membuat kesimpulan mengenai jenis objek berkelajuan tinggi itu dan di mana ia dilepaskan dan siapa yang bertanggungjawab melepaskannya," kata Najib dalam pertemuan dua hala dengan Presiden Vladimir Putin sempena Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama EKonomi Asia Pasifik (APEC) 2014 pada Isnin.

Najib berkata, untuk merungkai punca nahas itu, pasukan penyiasat terlibat perlu diberi akses sepenuhnya ke kawasan nahas untuk mengesan serpihan objek berkelajuan tinggi tersebut dan mengumpulkan semula serpihan.

"Malangnya, ini (akses penuh) tidak berlaku.

"Malaysia bukan pihak berkepentingan dalam konflik geo-politik di kawasan itu.

"Kami berharap anda boleh membantu kami. Kami menunggu anda untuk membantu membuat kesimpulan mengenai apa sebenarnya yang berlaku kepada MH17," katanya kepada Putin.

Pesawat MH17 terhempas di Donetsk, timur Ukraine selepas dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemberontak pro-Rusia pada 17 Julai lalu.

Sejak kejadian yang menggorbankan seramai 298 penumpang dan anak kapal, kerajaan Ukraine dan Rusia sering menuding jari antara satu sama lain.

Najib berkata, Ukraine mahupun kumpulan pemberontak tersebut sepatutnya mematuhi perjanjian gencatan senjata tetapi mereka tidak berbuat demikian dan tindakan itu melambatkan proses penemuan hasil siasatan.

"Daripada menuding jari, kami lebih berminat untuk menunggu laporan siasatan akhir bagi membuat kesimpulan mengenai apa yang berlaku kepada MH17," katanya.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , MH17 , Vladimir Putin

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan