Internet, Filem Punca Gejala Buli

Diterbitkan: Selasa, 11 November 2014 6:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pendedahan perkara negatif dalam internet serta filem boleh menjadi salah satu punca gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan), Datuk Sufa'at Tumin.

"Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi insiden buli ini, lebih-lebih lagi sekarang ini para pelajar terdedah kepada banyak perkara negatif menerusi internet dan filem," katanya pada sidang media sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan Tahun 2014 di sini, Selasa.

Sufa'at mengulas mengenai penyebaran dua klip video kes buli yang melibatkan sekumpulan pelajar di dua buah sekolah di laman sosial baru-baru ini.

Polis mengenal pasti rakaman tersebut berlaku di sebuah asrama di Pontian, Johor pada 2010 dan satu lagi di sebuah rumah anak yatim di Kangar, Perlis pada Jun lalu.

Menurut Sufa'at, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan sentiasa memantau dan terus menjalankan pelbagai usaha secara berterusan bagi mengekang gejala tersebut selain meminta ibu bapa turut sama memainkan peranan dalam mengatasi perkara ini.

"Buli ini termasuk dalam masalah disiplin sekolah dan usaha mengekang masalah disiplin ini sememangnya usaha berterusan.

"Di sekolah-sekolah kita mempunyai guru-guru disiplin dan warden di asrama yang mana mereka juga menjalani program khusus untuk menangani perkara ini," katanya.

Dalam majlis itu, program penganugerahan kali kesembilan tersebut disertai 176 pelajar dan guru dari seluruh negara bertujuan memberi pengiktifan kepada pelajar dan sekolah yang cemerlang di peringkat kebangsaan.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Rozainum Ahmad serta Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Zakaria Hussin.

Tags / Kata Kunci: Kes Buli , Pelajar Sekolah

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan