BN P Pinang Mahu Pemantauan Di Ladang Babi, Bendung Virus JE

Diterbitkan: Selasa, 11 November 2014 1:20 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pada Selasa menggesa Jabatan Veterinar untuk sentiasa turun padang ke kawasan yang mempunyai banyak tempat pemeliharaan babi bagi membendung virus Ensefalitis Jepun (JE).

Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) berkata usaha berterusan kerajaan negeri dan Jabatan Veterinar mampu mengawal penularan virus itu.

"Syabas dan tahniah kepada Jabatan Veterinar kerana mendapat anugerah daripada ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam. Saya berharap pihak jabatan memanfaatkan anugerah ini dengan turun sama ke kawasan yang banyak pemeliharaan khinzir di mana baunya masih busuk, keterlaluan.

"Saya berharap mereka turun ke bawah dan terus menjalankan tanggungjawab dan melakukan pemeriksaan di kampung-kampung terutama di Kampung Selamat, Tasek Gelugor. Saya berharap pihak veterinar untuk tampil menguruskan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Julai lepas, Pulau Pinang digemparkan dengan kes JE apabila seorang bayi perempuan berumur dua tahun lima bulan disahkan dijangkiti virus itu selepas pemeriksaan darah (Serum Serologi untuk JE) adalah positif.

Kes itu adalah yang ketiga selepas seorang murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini, Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli disahkan dijangkiti virus yang sama.

Kes pertama melibatkan seorang lelaki berusia 18 tahun dari Lorong Seratus Tahun, di sini.

Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Air Tawar) turut melahirkan kebimbangan berhubung isu itu dan mahu kerajaan negeri menjelaskan sama ada penternakan babi di negeri ini dikawal dengan baik mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Kenyataan Jahara itu menimbulkan rasa tidak senang Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh yang mempersoalkan mengapa babi seolah-olah penyebab utama kepada wabak JE.

"Penternakan khinzir adalah satu daripada sumber makanan kepada rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang bukan beragama Islam. Dalam dewan ini saya lihat ketua pembangkang memberi gambaran khinzir penyebab JE. Jika di Malaysia mengharamkan makan babi, apakah terjadi kepada sumber makanan kalau daging lembu kami kena import. Kita perlu hormat satu sama lain," katanya.

Shariful Azhar Othman (BN-Bertam) berkata isu itu sensitif dan tidak perlu membahaskan satu isu yang memberi gambaran yang tidak baik.

Tags / Kata Kunci: BN , Dewan Negeri

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan