Azmin Janji Ambil Kira Pandangan Rakyat Selesai Isu Kidex

Diterbitkan: Selasa, 11 November 2014 10:50 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memberi jaminan akan mengambil kira pandangan rakyat dan semua pihak berkepentingan sebelum membuat keputusan bagi menyelesaikan isu berkaitan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

Beliau berkata pandangan rakyat dan pihak berkepentingan seperti persatuan penduduk di kawasan terlibat adalah penting kerana mereka merupakan golongan yang akan menerima kesan apabila projek lebuh raya bertingkat itu dijalankan.

Azmin, bagaimanapun menafikan menggunakan isu Kidex untuk mendapatkan sokongan bagi menjatuhkan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya pentadbiran beliau juga tidak akan menghalang sebarang pembinaan lebuh raya baharu selagi proses dan rundingan berkaitannya dilakukan dengan telus.

"Pembinaan mana-mana lebuh raya perlulah menguntungkan rakyat dan pengguna," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat oleh empat anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini, Selasa.

Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Kidex dicadang bermula di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran Damansara dan berakhir di Lebuhraya Bukit Jalil berhampiran Kinrara.

Lebuh raya itu akan merangkumi laluan utama sepanjang 14.9km serta susur lebuh raya sepanjang 11.2km.

Sebagai sebuah lebuh raya bertingkat sepenuhnya, 90 peratus daripada laluan Kidex akan dibina atas rizab jalan.

Apabila dibuka kelak, ia akan memenuhi keperluan bagi penduduk di kawasan utara-selatan Lembah Klang yang kini mempunyai sambungan jalan yang terhad, selain menampung lalu lintas kenderaan yang semakin sesak.

Tags / Kata Kunci: Kidex , Mohamed Azmin Ali

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan