Adun DAP Cadang Penggiliran Jawatan Ketua Menteri

Diterbitkan: Selasa, 11 November 2014 12:29 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Wakil Rakyat DAP mencadangkan penggiliran jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dengan mengehadkan jawatan itu kepada dua penggal sahaja bagi memberi peluang kepada pemimpin lain yang berkebolehan memegang jawatan itu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Bungah Teh Yee Cheu berkata cadangan itu juga akan memberi peluang kepada pemimpin lain termasuk wanita untuk mentadbir Pulau Pinang.

"Sekiranya perkara itu mahu direalisasikan, semua pihak perlu berusaha dari sekarang, ini satu cadangan yang baik dari sudut demokrasi dan berharap semua pihak dapat menyokong usul ini," katanya pada sesi perbahasan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini Isnin.

Usul itu turut mendapat sokongan Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid dan Adun Pulau Tikus daripada DAP, Yap Soo Huey.

Sokongan Jahara terhadap usul itu menimbulkan rasa kurang senang Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh yang mempersoalkan mengapa Barisan Nasional tidak menyokong wanita menjadi menteri besar di Selangor.

Jahara kemudiannya membidas Phee dan tidak mahu mengungkit berhubung isu pilihan raya kecil DUN Kajang yang hanya memberi kesan kepada PKR.

Bagaimanapun, usul itu tidak disenangi dan ditentang keras Adun Air Hitam yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri, Wong Hon Wai yang menyifatkan perkara itu tidak ada kaitan dengan isu yang sedang dibahaskan.

Teh kemudiannya menegaskan setiap perkara mempunyai kaitan dan memohon supaya usul berkenaan mendapat sokongan.

Persidangan bersambung esok.

Tags / Kata Kunci: DAP , Ketua Menteri Pulau Pinang

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan