Usul Tergempar Gantung Tugas Guan Eng Ditolak

Diterbitkan: Isnin, 10 November 2014 3:56 PM

Jahara ketika mengemukakan usul tergempar untuk menggantung tugas Ketua Menteri Pulau Pinang pada sesi DUN negeri itu, Isnin.

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Isnin menolak usul tergempar untuk menggantung tugas Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana gagal menjawab soalan bertulis mengikut Peraturan 15 di bawah Majlis Mesyuarat DUN Pulau Pinang.


Sambil menolak usul yang dikemukakan Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid, Speaker Datuk Law Choo Kiang berkata, jawapan bertulis itu sudah diserahkan kepada wakil rakyat berkenaan.

"Saya tidak mahu sebarang perbahasan berhubung usul berkenaan pagi ini. Saya mengingatkan semua wakil rakyat bahawa jawapan perlu diserahkan kepada wakil rakyat berkenaan supaya ia dapat diserahkan untuk dibahaskan," katanya pada sesi sidang DUN Pulau Pinang, Isnin.

Menerusi usul itu, Jahara berkata, perkara itu membabitkan kredibiliti sidang DUN itu, selain melanggar peraturan sedia ada.

"Tidak pernah dalam sejarah sidang DUN ini, sejak zaman mendiang Tan Sri Wong Pow Nee, Tun Dr Lim Chong Eu dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon di mana Peraturan 15 tidak dipatuhi.

"Sebaliknya, mereka akan menjawab semua soalan sebaik tamat tiga jam sesi soal jawab.

"Peraturan 15 dipatuhi semua ketua menteri Barisan Nasional," katanya.

Mengikut Peraturan 15 (1)(h), soalan yang disediakan dan maklum balas perlu diselesaikan sebelum perkara (j) iaitu pembentangan untuk diwartakan.

Jahara berkata, ketua menteri telah membentangkan untuk mewartakan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 sebelum menjawab soalan bertulis yang dikemukakan.

Tags / Kata Kunci: usul , Jahara Hamid , Lim Guan Eng

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan