Audit: Pendapatan Syarikat Subsidiari Badan Berkanun Naik 4.4 Peratus

Diterbitkan: Isnin, 10 November 2014 6:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pendapatan 116 syarikat subsidiari Badan Berkanun Persekutuan (BBP) meningkat 4.4 peratus kepada RM4.07 bilion pada 2013 berbanding RM3.90 bilion pada tahun sebelumnya.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri Tiga menunjukkan syarikat subsidiari Majlis Amanah Rakyat (MARA) menjana pendapatan tertinggi iaitu sejumlah RM1 bilion, meningkat 6.2 peratus berbanding tahun 2012.

Bank Simpanan Nasional, Lembaga Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Universiti Malaya dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) juga menunjukkan peningkatan.

Yang lain termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, Perbadanan Putrajaya (PPj), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Universiti Utara Malaysia.

Menurut laporan tersebut, keuntungan selepas cukai turun 5.6 peratus kepada RM378.14 juta berbanding RM400.68 juta pada tahun sebelumnya.

Syarikat subsidiari Bank Negara Malaysia, MARA dan KWSP menyumbang kepada keuntungan yang lebih tinggi berbanding BBP lain pada tahun 2013 iaitu masing-masing sebanyak 36.5 peratus, 15.3 peratus dan 11 peratus.

Laporan itu menyatakan syarikat yang mengalami kerugian pula berpunca daripada penurunan pendapatan, peningkatan perbelanjaan operasi dan syarikat berstatus tidak aktif.

Analisis audit juga mendapati pembayaran cukai dan zakat pada tahun 2013 meningkat 48.6 peratus kepada RM65.52 juta berbanding RM44.10 juta pada tahun 2012.

"Syarikat subsidiari BSN membayar cukai dan zakat tertinggi pada tahun 2013 berjumlah RM12.85 juta atau 19.6 peratus daripada jumlah keseluruhan cukai dan zakat," kata laporan itu.

Dalam pada itu, analisis audit mendapati pada tahun 2013, sebanyak 39 syarikat subsidiari dan subsubsidiari yang diwartakan, berstatus tidak aktif.

Sebanyak lima syarikat dalam tindakan pembubaran dan dua syarikat iaitu Malaysia Convention & Incentive Bureau Sdn Bhd dan LSM Aqua Sdn Bhd telah dibubarkan.

Analisis audit 116 penyata kewangan syarikat subsidiari daripada 32 BBP bagi lima tahun berturut-turut sehingga 2013 mendapati 23 syarikat subsidiari menunjukkan peningkatan pendapatan.

Sebanyak 43 syarikat mencatatkan keuntungan, 30 syarikat menunjukkan peningkatan aset, dua syarikat menunjukkan penurunan liabiliti, 38 syarikat menunjukkan peningkatan dana pemegang saham dan 43 syarikat menunjukkan nisbah pulangan atas ekuiti (ROE) positif.

Sebanyak 31 syarikat subsidiari telah membayar dividen kepada badan atau syarikat induk pada tahun 2013 dan 10 syarikat telah membayar dividen lima tahun berturut-turut, kata laporan itu.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan