Pemuda Umno Terbuka Untuk Kritik Kepimpinan Negara

Diterbitkan: Isnin, 10 November 2014 3:42 PM

Khairul Azwan Harun.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno sentiasa terbuka untuk mengkritik kepimpinan tertinggi, terutama jika dasar atau sesuatu tindakan yang dilaksanakan itu boleh menjejaskan rakyat, negara dan parti.


Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berkata, kritikan itu dilakukan bagi menjamin kelangsungan parti agar terus relevan dan diterima rakyat.

"Kita tidak akan sokong sahaja, kita akan kritik jika dasar yang sedia ada tidak progresif, holistik dan inklusif," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno di sini, Isnin.

Jelas beliau, kepimpinan tertinggi parti haruslah menerima setiap teguran daripada mana-mana pihak kerana ia penting dalam menentukan hala tuju negara dan parti pada masa depan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri,  Tun Dr Mahathir Mohamad yang menegur Umno Selangor supaya memberi tumpuan kepada genarasi Y di negeri itu dan sebelum ini beliau juga menegur kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah, Khairul Azwan menyifatkan teguran Dr Mahathir itu sebagai satu nasihat berguna yang perlu diterima dengan hati yang terbuka.

"Dr Mahathir ada hak untuk menegur kerana beliau merupakan pemimpin yang berpengalaman dan banyak berjasa kepada negara. Setiap teguran harus diterima dengan positif," katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir dalam tulisan di laman blog, chedet.cc pada Rabu lepas menegur Umno Selangor supaya memberi lebih tumpuan kepada generasi muda dan melakukan penyusunan semula pimpinan parti di negeri itu.

Sementara itu, Khairul Azwan berkata, Pergerakan Pemuda Umno akan menganjurkan program hari terbuka bertemakan 'Kata Kita' di Pusat Dagangan Dunia Putra bermula pukul 10 pagi Sabtu ini.

Katanya, program yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk mendapatkan maklum balas golongan muda mengenai pembentangan Bajet 2015 bagi memastikan ia dilaksanakan dengan efektif.

Jelas beliau, sayap parti itu mensasarkan seramai 2,000 golongan muda yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama dan bangsa untuk tampil memeriahkan program sehari itu.

Beliau berkata, program itu merangkumi tiga sesi iaitu Town Hall pada sebelah pagi, manakala Kongres Perumahan Rakyat akan berlangsung pada petang Sabtu, selain pameran yang dikendalikan Exco Pemuda Umno.

 

Tags / Kata Kunci: Pemuda Umno , Khairul Azwan Harun

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan