Diterbitkan: Isnin, 10 November 2014 11:47 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 mendapati pengusaha rumah sembelihan ayam di Pusing, Tronoh tidak mematuhi beberapa syarat pensijilan halal yang ditetapkan.

Pemeriksaan Audit bersama-sama pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada 15 Mei 2014 mendapati pengusaha tidak menyediakan bekas mengasingkan sembelihan rosak atau tidak halal, keadaan rumah sembelihan yang kotor dan tidak dijaga walaupun mempunyai sijil halal bagi tempoh 22 Jun 2012 hingga 21 Jun 2014, serta pekerja di tempat pemprosesan tidak memakai sarung tangan.

"Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2011 (Semakan Kedua) mensyaratkan rumah sembelihan hendaklah bersih dan haiwan yang tidak sempurna sembelihan mengikut syarak mesti diasingkan serta dilabel sebagai tidak halal selain pertukaran penyembelih hendaklah dilakukan setelah sembelihan mencapai maksimum 2,000 ekor ayam," menurut laporan tersebut.

Hanya seorang daripada sembilan penyembelih yang terdiri daripada warganegara Malaysia, Nepal, Bangladesh dan Indonesia, bertugas pada Isnin, Selasa dan Rabu manakala pada Ahad, Khamis dan Jumaat, dua penyembelih bertugas, katanya.

Berdasarkan jadual penggiliran dan temu bual dengan penyembelih, tidak ada bukti yang menunjukkan penyembelih ditukar selepas setiap jam selain pemiliknya mengatakan pada masa tertentu, bergantung kepada permintaan, syarikatnya pernah menyembelih sehingga 60,000 ekor ayam sehari, menurut laporan itu.

"Semakan Audit selanjutnya mendapati dua orang penyembelih telah tamat tempoh sijil penyembelihan masing-masing pada 24 Feb dan 3 Mei tahun ini," katanya.

Selain itu, 22 sijil halal daripada 120 fail permohonan telah lewat dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melebihi lima hari selepas kelulusan Mesyuarat Panel Pengesahan Halal.

"Semakan Audit mendapat JAIPk telah mengeluarkan surat pengesahan halal sementara yang sah laku dalam tempoh dua bulan kepada pemohon selepas panel pengesahan meluluskan permohoan bagi mengelak rungutan pengusaha yang mahu menggunakan sijil itu sebagai tujuan promosi dan pemasaran," katanya.

Bagaimanapun, Audit berpendapat pengeluaran sijil halal oleh Jakim adalah kurang memuaskan kerana berlaku kelewatan dan tindakan mengeluarkan surat pengesahan halal sementara oleh JAIPk tidak sepatutnya berlaku kerana akan menimbulkan keraguan daripada aspek status halal premis dan produk.

Lawatan Audit pada 5 dan 6 Mei 2014 di dua buah premis di Ipoh iaitu sebuah restoran dan kilang pengeluar produk makanan mendapati pengusaha mempamerkan logo halal yang telah tamat tempoh pada premis dan produk masing-masing.

Sementara itu, lawatan Audit pada 5 Mei di dua premis pengeluar produk makanan dan bahan gunaan mendapati beberapa ketidakakuran atau kesalahan iaitu stor penyimpanan bahan gunaan utama produk kacang soya terdedah kepada makhluk perosak seperti tikus, lalat dan lipas.

"Pada pendapat Audit, JAIPk hendaklah mempertingkatkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap syarat pensijilan halal kerana terdapat pengusaha atau pengilang produk halal yang tidak mematuhi syarat pensijilan yang ditetapkan," katanya.

Secara keseluruhannya, Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 mendapati Pengurusan Pengeluaran Sijil Halal oleh Unit Pengurusan Halal JAIPk kurang memuaskan.

Ini kerana terdapat beberapa kelemahan iaitu pemohon tidak mematuhi syarat kelulusan pensijilan halal, kelewatan mengeluarkan sijil halal di peringkat Jakim, pelanggaran syarat selepas sijil halal dikeluarkan dan risalah berhubung kepentingan sijil halal tidak diedarkan.

"JAIPk disyorkan untuk mengkaji semula prosedur pengeluaran pensijilan halal supaya dapat dikemukakan kepada pengusaha dengan kadar segera dan Jakim wajar mempertimbangkan memberi kuasa kepada Jabatan Agama Islam negeri untuk mengeluarkan sijil halal bagi mengelakkan surat pengesahan halal sementara," kata laporan itu.

Tags / Kata Kunci: Rumah Sembelihan Ayam , Audit Negara

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan