Penduduk Ringlet, Lembah Bertam Dibenar Pulang Ke Rumah - Polis

Diterbitkan: Isnin, 10 November 2014 1:10 PM

Keadaan salah sebuah rumah di Kampung Baru Ringlet yang rosak akibat banjir kilat baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

CAMERON HIGHLANDS: Penduduk di sekitar Ringlet dan Lembah Bertam dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan keadaan cuaca yang cerah sejak Ahad dan paras ais sungai Ringlet kembali normal.


Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan  Wan Zahari Wan Busu berkata, walaupun kerja-kerja mendalam sungai sedang dilakukan, namun penduduk tidak perlu bimbang kerana keadaan mereka sentiasa dipantau oleh pihak bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam sekiranya banjir berulang.

Beliau berkata, kebanyakan rumah penduduk rosak akibat banjir sejak Rabu lepas dan kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh penduduk sendiri dengan dibantu pasukan bomba sukarela.

"Jika mereka tidak dapat menyiapkan pembersihan rumah, mereka masih boleh menetap di pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Orang Ramai di Ringlet sehingga keadaan pulih seperti sedia kala," katanya kepada Bernama, Isnin.

Wan Zahari berkata, jumlah mangsa di pusat pemindahan sehingga kini kekal 91 orang daripada 28 keluarga.

Sementara itu, tinjauan Bernama di dewan berkenaan mendapati mangsa sedang sibuk berkemas untuk pulang bagi membersihkan rumah mereka dan mengambil barang yang masih boleh diselamatkan.

Di Lembah Bertam, didapati bilik gerakan operasi bencana telah ditutup ekoran keadaan sungai Bertam kembali normal.

Akibat banjir Rabu lepas, penduduk di tebing Sungai Bertam diarah berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat.

Pekan Ringlet juga dilanda banjir kilat apabila air di sungai berhampiran naik melebihi paras tebing ekoran hujan lebat selama sejam.

Dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di Cameron Highlands, lima mangsa terkorban, manakala lima lagi cedera.




Tags / Kata Kunci: Ringlet , Lembah Bertam , banjir

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan