Audit: Hampir RM12 Juta Pencen Dibayar Kepada 3,786 Veteran Tentera Yang Meninggal

Diterbitkan: Isnin, 10 November 2014 8:32 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan membayar sejumlah RM11.94 juta pencen kepada 3,786 veteran tentera yang sudah meninggal dunia selama dua tahun antara 2011 dan 2013, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 (Siri 3) yang dikeluarkan pada Isnin.

"Pemeriksaan audit mendapati pembayaran masih dibuat. Bagi memastikan tidak berlaku pencen terlebih bayar dan untuk mengelakkan kesukaran dalam mengumpul balik bayaran, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) perlu mengenal pasti mekanisme untuk mengelakkan kejadian seperti itu," kata laporan itu, yang dibentangkan di Parlimen.

Sebagai jawapan kepada perkara berkenaan, JHEV berkata ia akan menghentikan pembayaran pencen tersebut berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau daripada ahli keluarga terdekat yang telah memberikan satu salinan sijil kematian.

Bagaimanapun ia berkata, jabatan itu tidak boleh membatalkan bayaran pencen dengan segera merujuk kepada kes di mana seorang veteran meninggal dunia pada 30 Jun tahun lepas.

Menurut JHEV lagi, mereka dimaklumkan mengenai kematian veteran tentera pada saat-saat akhir sementara bayaran pencen untuk bulan seterusnya masih dibayar.

"Jabatan tidak boleh membatalkan pembayaran pencen kepada individu terbabit setelah pembayaran dilakukan," katanya.

Bagaimanapun JHEV mengambil beberapal langkah untuk mendapatkan kembali pembayaran yang dilakukan seperti mengeluarkan surat tuntutan kepada bank-bank penerima.

"Sejumlah RM1.69 juta daripada jumlah yang dinyatakan telah dikumpulkan kembali daripada bank-bank berkaitan," kata JHEV.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan