KDN Kaji Naik Taraf Perjawatan Di Balai Polis - Zahid

Diterbitkan: Isnin, 10 November 2014 2:45 PM

Ahmad Zahid bertanya khabar kepada anak arwah Mahadi dan Mahathir semasa menziarahi jenazah Mohd Bakri di kediamannya di Taman Aman Perdana, Meru, di sini, Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menjalankan kajian menyeluruh untuk menaik taraf pangkat dan pengukuhan jawatan di balai polis dan ibu pejabat polis daerah (IPD) seluruh negara.


Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasil kajian itu akan dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menggantikan 'skor' yang ditetapkan sebelum ini yang diguna pakai untuk menaikkan pangkat keanggotaan dan mewujudkan balai polis baharu.

"Kajian ini dibuat berdasarkan kedudukan balai, fungsi atau beban tugas berdasarkan beberapa kategori iaitu bandar, luar bandar, pulau, sempadan antarabangsa, lapangan terbang, pelabuhan, pedalaman dan sebagainya," katanya dalam persidangan Dewan Rakyat, Isnin.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) yang ingin tahu status rancangan menaik taraf IPD Bintulu dengan diketuai Asisten Komisioner.

Ahmad Zahid berkata, jika kajian itu diterima pakai, kedudukan pangkat ketua IPD atau balai-balai lain, akan dapat mengimbangi beban tugas dan peranan balai berkenaan.

"Lebih besar peranan dan beban tugas yang dipikul oleh balai berkenaan, maka lebih tinggi atau lebih banyak perjawatan di balai itu," katanya.

Ahmad Zahid berkata, kajian itu juga akan mengambil kira beberapa faktor seperti tahap ekonomi kawasan, kerumitan kawasan, komunikasi dan kemudahan awam serta komposisi penduduk.

Menteri itu juga berkata, 28 daerah di Sarawak telah diletakkan IPD dan 83 balai polis, manakala daerah Bintulu akan dinaik taraf kepada IPD dalam Rancangan Malaysia ke-11.

"Kementerian telah mengenal pasti kawasan untuk pembinaan IPD Bintulu dan projek naik taraf akan melibatkan bangunan pentadbiran, bangunan sokongan, dewan serbaguna, surau, kantin serta perumahan pegawai dan anggota," tambahnya.

Selain itu, kata Ahmad Zahid, sistem komunikasi luar bandar juga akan dinaik taraf kepada Sistem Arahan dan Kawalan, Komunikasi dan Integrasi Komputer (C4i) bagi memperbaiki beberapa lompang di kawasan pedalaman.


Tags / Kata Kunci: balai polis , perjawatan , KDN

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan