Jawatankuasa Khas Dibentuk Pastikan Keselamatan Jalan Ke Cameron Highlands - Zambry

Diterbitkan: Isnin, 10 November 2014 1:35 PM

Laluan ke Cameron Highlands retak akibat kejadian banjir kilat dan tanah runtuh baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Satu jawatankuasa khas akan dibentuk bagi memastikan keadaan jalan raya ke Cameron Highlands melalui Perak dan Pahang selamat digunakan, kata Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.


Beliau berkata, kerajaan pusat pada dasarnya bersetuju mengenai penubuhan jawatankuasa tersebut.

"Ini bagi memastikan cerun jalan raya dapat diawasi bagi mengelak kejadian kemungkinan berlaku tanah runtuh terutama ketika cuaca hujan lebat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan penjawat awam di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan sini, Isnin.

Kerajaan negeri sebelum ini membangkitkan aspek keselamatan jalan Tapah-Cameron Highlands dan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Beliau berkata, kerajaan pusat khususnya Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga memberi jaminan kepada kerajaan negeri bahawa tindakan segera akan diambil berhubung kejadian hakisan dan runtuhan di laluan berkenaan.

"Laluan Tapah merupakan jalan raya terawal dan satu-satunya penghubung ke Cameron Highlands dari Perak iaitu sejak zaman kolonial. Kini satu lagi laluan iaitu jalan raya Simpang Pulai-Cameron Highlands merupakan laluan alternatif. Kedua-dua jalan ini menghubungkan Perak ke kawasan itu," kata  Zambry.

Sabtu lepas, laluan Tapah-Cameron Highlands ditutup hingga dibuka kepada hanya kenderaan ringan pada 4.20 petang semalam kerana beberapa lokasi di sepanjang jalan itu mengalami tanah runtuh.

Setakat ini, beberapa lokasi telah dibersihkan daripada kesan tanah runtuh, namun kerja-kerja membaiki struktur laluan masih diteruskan.


iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan