Jurugambar Malaysia Maut Nahas Di Nepal

Diterbitkan: Isnin, 10 November 2014 1:32 PM

Francis Ling

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang jurugambar dari Malaysia terbunuh dalam kemalangan melibatkan sebuah bas di laluan sempit dan bengkang-bengkok di Belkot, Nepal.

Menurut kenyataan Kedutaan Malaysia di Nepal, kejadian itu berlaku ketika Francis Ling, 28, berada di dalam sebuah bas tempatan menuju ke Langtang Mountain Park yang terkenal dengan pusat pelancongan.

Seramai 14 orang terbunuh dalam kemalangan itu, temasuk Ling dan dua orang rakyat Israel dalam insiden pada pukul 10 pagi, 24 Oktober lalu itu.

Manakala 20 hingga 30 penumpang lain mengalami kecederaan.

"Bas tersebut membawa lebih muatan penumpang dengan 80 hingga 100 orang," jelas kenyataan itu.

Bas awam hanya boleh membawa 40 penumpang sahaja dan ketika kejadian itu keadaan jalan agak sibuk dengan orang ramai yang menyambut festival Nepal Tihar (perayaan).

Ling tiba di Kathmandu pada 21 Oktober lalu dalam pengembaraan solo di Nepal.

Mayat mangsa yang tiba Ahad lalu akan dikebumikan di Taman Peringatan Nirvana, Nilai, Negeri Sembilan.

Sepanjang dua minggu lalu, tiga bas dilaporkan terlibat dalam kemalangan di Nepal dan ia telah menjadi satu perkara biasa memandangkan keadaan jalan yang tidak begitu selamat.

Tags / Kata Kunci: kemalangan maut , nepal

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan