Fahmi Tak Serik

Diterbitkan: Isnin, 10 November 2014 11:06 AM

Fahmi Zainol.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Walaupun didakwa membabitkan sembilan pertuduhan oleh Lembaga Tatatertib Universiti Malaya, Fahmi Zainol mengakui masih tidak serik untuk terus lantang bersuara.

Malah, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) itu berkata, penahanannya bersama beberapa mahasiswa lain di Sabah pada Ahad tidak mematahkan semangatnya untuk terus mempertahankan hak kebebasan bersuara.

"Kita akan terus memperjuangkan hak ini. Tindakan yang dikenakan Lembaga Tatatertib UM dan penahanan polis di Kota Kinabalu tidak membuatkan saya serik untuk bersuara dan memberi penerangan kepada rakyat," katanya.

Jelas Fahmi, dia akan kembali mengadakan pidato di Universiti Utara Malaysia di Kedah pada Jumaat ini dan masing-masing Universiti Sains Malaysia pada Sabtu diikuti Universiti Teknologi Mara di Pulau Pinang.

Fahmi berlepas kembali ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira pukul 10.15 pagi Isnin.

Mengulas mengenai penahanan di Sabah, Fahmi berkata dia dan beberapa mahasiswa lain ditahan sebanyak dua kali iaitu pada pukul 11.30 pagi selepas selesai pidato di Lebuh Gaya dan seterusnya pukul 10.15 malam sebelum ‘Pidato Mahasiswa’ di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

"Pada mulanya kami diberitahu penahanan ini dilakukan untuk menyelamatkan kami daripada serangan kumpulan tertentu. Tetapi setelah dibawa ke balai polis kami disoal siasat mengenai pidato yang dianjurkan," katanya kepada mStar Online.

Fahmi berkata, dia dibebaskan kira-kira pukul 12.15 tengah malam Ahad.

Gambar yang dimuat naik Fahmi dilaman Facebooknya pada tengah hari Ahad.

Pada masa sama, Fahmi turut menafikan beliau ada kaitan dengan kewujudan sebuah lagi akaun Facebook yang dibuka menggunakan namanya.

“Page 'Fahmi Zainol' yang baharu itu tiada kaitan dengan saya. Saya percaya ia sengaja dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Saya harap rakyat Sabah tidak termakan dengan kenyataan tersebut," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kes pendakwaan UM terhadapnya, Fahmi berkata, dia dan tujuh lagi mahasiswa UM akan menghadiri prosiding pendengaran kes kali kedua pada 18 November ini.

"Kami akan hadiri prosiding kali kedua pada Selasa depan selepas pendengaran pertama yang sepatutnya berlangsung pada 7 November lalu ditangguhkan," katanya.

Fahmi dan tujuh lagi mahasiswa UM disiasat oleh Lembaga Tatatertib UM susulan tindakannya menganjurkan pidato "40 Tahun: Dari UM ke Penjara" bulan lepas.

Kelapan-lapan mahasiswa itu berdepan pelbagai dakwaan termasuk menganjurkan perhimpunan haram, menghadiri perhimpunan haram dan mengingkari arahan universiti.

Pada 27 Oktober lepas, sekurang-kurangnya 1,000 mahasiswa dan mahasiswi telah merempuh masuk pintu pagar UM bagi menghadiri acara pidato bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.











Tags / Kata Kunci: Fahmi Zainol , Universiti Malaya

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan