Cadangan Rotan Pelajar Sekolah Dikaji - Idris Jusoh

Diterbitkan: Isnin, 10 November 2014 6:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cadangan untuk mengembalikan semula kuasa merotan pelajar kepada sekolah akan dikaji secara terperinci oleh semua pihak yang terlibat, kata Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh.

Menurut Idris, Kementerian Pendidikan (KPM) akan mencari satu jalan penyelesaian yang terbaik dengan mengadakan perbincangan bersama ibu bapa dan guru bagi memastikan masalah sosial di kalangan pelajar berkurangan.

"Apa yang penting bukanlah mengenakan hukuman rotan kepada mereka tetapi menerapkan budaya kasih sayang yang perlu diamalkan dalam sesebuah sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian hadiah Program Inovasi Usahawan Muda SME Bank Y-Biz Challenge 2014, di sini, Isnin.

Katanya, beliau percaya dengan menerapkan budaya kasih sayang antara guru dan pelajar serta sesama pelajar, masalah sosial di kalangan mereka akan berkurangan.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia melalui presidennya, Hashim Adnan semalam dilaporkan menggesa supaya kuasa merotan dikembalikan semula kepada pihak sekolah bagi mengawal kes salah laku di kalangan pelajar.

Dalam perkembangan lain, Idris memberi jaminan bahawa kementerian akan memastikan semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak akan ketinggalan menduduki baki kertas peperiksaan itu selepas kejadian banjir di Cameron Highlands baru-baru ini.

"KPM melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia akan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat calon yang masih terjejas akibat banjir dengan menyediakan ruang khas untuk dijadikan pusat peperiksaan sementara," katanya.

Sementara itu, mengulas isu penahanan beberapa aktivis mahasiswa di Sabah semalam, Idris berkata perkara itu tertakluk di bawah bidang kuasa polis.

"Jika pelajar terbabit ingin menganjurkan sebarang aktiviti di dalam kampus, mereka perlu memohon kebenaran daripada pengurusan universiti terlebih dahulu dan bukan terus buat program secara provokatif, ini bukan budaya terpelajar," katanya.

Semalam, aktivis siswa yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol ditahan polis bersama beberapa mahasiswa lain selepas mengadakan ceramah umum di Jalan Gaya, Kota Kinabalu pada tengah hari.

Beliau yang kemudian dibebaskan, ditahan semula oleh pihak polis kira-kira pukul 10 malam ketika cuba memasuki kawasan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Terdahulu, Idris menyampaikan hadiah juara Y-Biz Challenge 2014 kepada Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (Semashur) yang menghasilkan produk inovasi 'Gummy Semashur' diikuti tempat kedua milik Sekolah Menengah Kebangsaan Maran, Pahang manakala Kolej Vokasional ERT Setapak meraih tempat ketiga.

Semashur membawa pulang wang tunai RM20,000, trofi, piala pusingan, sijil serta hadiah khas tiket penerbangan bernilai RM25,000 sumbangan SME Bank bagi menyertai pertandingan peringkat antarabangsa di Romania pada Mei 2015.

Tags / Kata Kunci: Hukuman Rotan , Idris Jusoh

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan