Laporan Audit: 13 Kementerian Akan Dipanggil Beri Penjelasan

Diterbitkan: Isnin, 10 November 2014 5:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil 13 kementerian dan tiga agensi kerajaan untuk menjelaskan isu yang dibangkitkan dalam siri ketiga Laporan Ketua Audit Negara 2013.

Pengerusinya, Nur Jazlan Mohamed berkata, semua kementerian dan agensi terbabit akan dipanggil bermula Januari 2015.

"Kami terkejut dengan jumlah isu yang dibangkit di dalam laporan terbaharu itu.

"Sebahagian daripadanya bukan besar, dan hanya melibatkan peruntukan kecil tetapi kami mahu tahu dimana kesilapannya," katanya pada sidang media di Parlimen.

Jazlan berkata, peningkatan jumlah kes yang dibangkitkan kali ini mungkin kerana ia berlaku serentak dengan pengumuman Bajet tetapi adalah menjadi tanggungjawab PAC untuk menelitinya.

Antara kementerian yang akan dipanggil adalah Kementerian Pendidikan yang dijangka memberi penjelasan mengenai perbelanjaan RM633 untuk program 1Bestarinet, yang tidak mencapai objektif.

Kementerian itu turut dikehendaki menjelaskan isu melibatkan bangunan sekolah sukan.

Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut akan dipanggil untuk menjelaskan pengurusan pendapatan yang dikumpul menerusi saman lalu lintas.

Kementerian lain yang akan dipanggil termasuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Tags / Kata Kunci: PAC , laporan audit

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan