Proaktif Dan Capai Cita-Cita Anda - Mesej PM Kepada Gen Y

Diterbitkan: Ahad, 9 November 2014 1:08 PM

Najib dan Rosmah tiba di Karnival Genexter 2014 menaiki koc elektrik pada pagi Ahad.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: "Proaktif dan capai cita-cita anda", itu nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada generasi Y negara ini.


Beliau berkata, generasi Y perlu berusaha untuk menjadi manusia yang cemerlang dan berjaya selain meneruskan kesinambungan kejayaan negara.

"Kalau kita ada cita-cita untuk belajar bahasa Inggeris, buka bisnes atau belajar agama, jangan benarkan sebarang halangan dan rintangan menghampakan kita.

"Kita mesti cuba penuhi cita-cita dan aspirasi kita," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Genexter 2014 yang dihadiri kira-kira 30,000 belia di Dataran Putrajaya di sini, Ahad.

Karnival Genexter selama dua hari bermula semalam adalah anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).

Turut hadir pada karnival itu ialah isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang merupakan Yang Dipertua Bakti dan isteri timbalan perdana menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selaku Naib Yang Dipertua Bakti.

Hadir sama ialah menteri-menteri kabinet bersama isteri masing-masing, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan pemimpin peringkat negeri.

Kesemua pemimpin yang hadir duduk bersama-sama belia memandangkan tempat duduk bagi VIP tidak disediakan dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dilihat memilih duduk di bahagian tengah khemah perasmian dan jauh dari pentas utama.

Najib berkata sebagai pemimpin, beliau bertanggungjawab memastikan keamanan dan keharmonian dapat dikekalkan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

"Sehubungan dengan ini, saya tidak mahu ada permasalahan antara kita. Dan kita tidak mahu generasi Y kita hari ini mempunyai salah faham tentang agama hingga sanggup menjadi pengebom berani mati.

"Sebenarnya yang kita perlu adalah orang yang terus hidup untuk berjuang untuk menjadi umat yang cemerlang," kata perdana menteri.

Tags / Kata Kunci: Gen Y , Karnival Genexter , Bakti

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan