Laluan Tapah-Cameron Highlands Dibuka Untuk Kenderaaan Ringan

Diterbitkan: Ahad, 9 November 2014 8:06 PM

(Ubah saiz teks)

CAMERON HIGHLANDS: Laluan Tapah ke Cameron Highlands dibuka semula untuk semua kenderaan ringan pada pukul 4.20 petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Wan Zahari Wan Busu berkata kenderaan berat bagaimanapun tidak dibenarkan melalui laluan itu.

"Ini kerana dikhuatiri kenderaan berat yang melalui laluan berkenaan akan menjejaskan laluan terbabit seperti berlakunya gegaran dan menyebabkan tanah runtuh.

"Bagaimanapun kenderaan berat disarankan untuk ke Cameron Highland melalui laluan Simpang Pulai," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.

Beliau berkata laluan Tapah ke Cameron Highlands setakat ini telah dibersihkan daripada kesan tanah runtuh, namun kerja-kerja membaiki struktur laluan masih diteruskan di beberapa lokasi.

Tags / Kata Kunci: Cameron Highlands , Tapah

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan