Kejutan Menanti Pembangkang Sarawak - Adenan Satem - Berita Semasa | mStar

Kejutan Menanti Pembangkang Sarawak - Adenan Satem

Diterbitkan: Ahad, 9 November 2014 7:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang menjadi tunjang Barisan Nasional (BN) di Sarawak, telah menyediakan beberapa kejutan untuk pembangkang pada pilihan raya negeri ke-11.

Presiden PBB, Tan Sri Adenan Satem, yang juga Ketua Menteri, berkata pilihan raya negeri boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang sehingga Jun 2016 apabila tempoh penggal Dewan Undangan Negeri berakhir.

"Kami mempunyai beberapa kejutan untuk pembangkang yang kami tidak akan mendedahkannya sekarang," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di sini, Ahad.

Ketika ditanya sama ada penampilan beberapa muka baharu pada pilihan raya akan menjadi sebahagian daripada kejutan, beliau menjawab: "Kejutan ialah kejutan. Saya tidak boleh mengumumkan sekarang".

Pada masa ini, PBB menguasai 35 daripada 71 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak yang dimenangi pada pilihan raya negeri lepas pada 2011.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan