Tansgender: Pihak Berkuasa Agama Negeri Patut Rayu Mahkamah Persekutuan

Diterbitkan: Ahad, 9 November 2014 5:47 PM

Jamil Khir Baharom

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyarankan Pihak Berkuasa Agama Negeri membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan berhubung isu transgender - lelaki Islam berpakaian seperti wanita.


Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan sebagai tidak sah ketetapan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan bahawa lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah.

Jamil Khir berkata, langkah itu (rayuan) bagi menjaga kepentingan agama Islam, selain ia melibatkan kewibawaan Pihak Berkuasa Agama Negeri.

"Ia juga untuk menunjukkan ketegasan pihak berkuasa agama Islam negeri dalam membendung aktiviti yang cenderung kepada amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan masyarakat Islam," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Panel tiga hakim mahkamah tersebut memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak sah di sisi perlembagaan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi keadaan dikenali masalah identiti gender (GID) dari segi perubatan.

Keputusan Mahkamah Rayuan itu membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman difailkan tiga lelaki Islam yang bekerja sebagai jurumekap pengantin iaitu Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26; Syukor Jani, 28; dan Wan Fairol Wan Ismail, 30; bagi diisytiharkan Seksyen 66 adalah tidak sah di sisi perlembagaan.

Jamil Khir berkata, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan akan memohon untuk mencelah dalam prosiding ini dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan kelak. 

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan