Suami Isteri Terima Anugerah Pelajaran Diraja, Pingat Emas Canselor UUM

Diterbitkan: Sabtu, 8 November 2014 7:06 PM

Sauri (kiri) dan isterinya Hanis Salwani berkongsi kegembiraan selepas kedua-dua mereka memperoleh Anugerah Pelajaran Diraja dan Pingat Emas Canselor pada Istiadat Pemasyuran Canselor dann Konvokesyen ke-27 UUM di Dewan Mu'adzam Shah di sini, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

SINTOK: Berkahwin ketika belajar tidak menghalang sepasang suami isteri muda untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam pelajaran.


Nur Sauri Yahya, 25, dari Jalan Stadium, Alor Setar dan Hanis Salwani Othman, 25, dari Kampung Perpat, Kota Sarang Semut membuktikan kesungguhan mereka apabila masing-masing memperoleh Anugerah Pelajaran Diraja dan Pingat Emas Canselor dalam bidang Multimedia pada Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) kali ke-27 di sini, Sabtu.

Nur Sauri dan Hanis Salwani menerima Ijazah Sarjana Muda Multimedia dengan Kepujian daripada Canselor UUM Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Kedua-dua mereka berkahwin pada Mei 2013 ketika berada pada semester lima.

Nur Sauri yang memperoleh Anugerah Pelajaran Diraja berkata mereka menghabiskan masa bercinta mereka di perpustakaan dengan mengulangkaji pelajaran serta berlumba-lumba untuk mendapat keputusan cemerlang setiap semester.

"Selepas kahwin kami ada banyak masa bersama untuk ulang kaji pelajaran. Kita perlu fikir positif dan tidak perlu ada halangan yang boleh membantutkan pelajaran kami," katanya ketika ditemui pada Istiadat Konvokesyen itu di Dewan Mu'adzam Shah, Sabtu.

Nur Sauri berkata, kejayaan mereka turut disokong oleh keluarga yang membolehkan mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

"Tidak ada halangan untuk bercinta tetapi perlu pandai membahagikan masa untuk belajar. InsyaAllah pasti akan berjaya," katanya.

Katanya mereka berdua merancang untuk menjadi tutor di universiti itu sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di luar negara dalam bidang teknologi maklumat.

Sementara itu, Hanis Salwani yang menerima Pingat Emas Canselor berkata kejayaan mereka berdua hari ini bermula selepas memperoleh Diploma Teknologi Maklumat di Kolej Polytech Mara Alor Setar.

Beliau kini mengandung anak lelaki yang dijangka dilahirkan bulan depan. - Bernama


Tags / Kata Kunci: UUM , Nur Sauri Yahya , Kota Sarang Semut

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan