PM Saksi Perlawanan Akhir Badminton PTIWRBNM 2014

Diterbitkan: Sabtu, 8 November 2014 7:36 PM

Isteri Perdana Menteri merangkap Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Datin Seri Rosmah Mansor (dua, kiri) bergambar kenangan selepas memenangi pertandingan akhir badminton antara Bakti menentang Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Sabah (Bakisa) pada Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia (PTIWRBNM) 2014 anjuran Bakti di Stadium Putra Bukit Jalil pada Sabtu. Turut kelihatan (dari kiri) Datuk Raya Erom, Datin Seri Lee Sun Loo dan Datin Sarimah Busoran. -Foto BERNAMA.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu meluangkan masa menyaksikan perlawanan akhir badminton sempena Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia (PTIWRBNM) di Stadium Putra di sini.

Perdana Menteri tiba pada kira-kira 2.30 petang untuk pertandingan akhir yang turut menyaksikan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mengambil bahagian mewakili Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).

Rosmah yang berpasangan dengan Datin Seri Lee Sun Loo, isteri Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, menewaskan Datin Sarimah Besuran/Datuk Raya Erom daripada Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Sabah (Bakisa) dengan keputusan 15-2, 15-3 dalam perlawanan regu pertama.

Bagaimanapun, Bakisa mempertahankan kejuaraannya selepas menewaskan Bakti dengan keputusan 3-2 setelah lebih dua jam bertarung di gelanggang.

Tempat ketiga pula jatuh kepada pasukan Badan Amal dan Usaha Perak (Baiduri).

Bertemakan 'Mesra Melalui Sukan', PTIWRBNM 2014 yang bermula Rabu lepas melibatkan penyertaan 629 peserta dari seluruh negara yang bertanding dalam acara badminton dan tenpin boling.

Turut hadir memeriahkan acara hari ini ialah bekas Yang Dipertua Bakti Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, menteri-menteri Kabinet, menteri besar dan ketua menteri.

Bagi acara boling, Bakti muncul johan keseluruhan diikuti pasukan Baiduri dan ketiga Badan Amal dan Kasih Selangor (Kasih).

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan