Cameron Highlands: Paras Air Empangan Kembali Normal

Diterbitkan: Sabtu, 8 November 2014 3:52 PM

Air di Empangan Sultan Abu Bakar, Cameron Highlands kini berada pada tahap normal.

(Ubah saiz teks)

CAMERON HIGHLANDS: Paras air di Empangan Sultan Abu Bakar di sini kembali ke tahap normal iaitu pada 3,498 meter berbanding paras bahaya iaitu 3,509 meter seperti yang direkodkan pada Rabu.


Ketua Polis Daerah di sini, Deputi Superintendan Wan Zahari Wan Busu berkata, susulan itu, tiada limpahan air dilaporkan setakat ini.

Ketika ini, Wan Zahari berkata, tiada penutupan jalan dari Tapah ke Cameron Highlands berikutan kejadian banjir sebelum ini.

"Bagaimanapun, berlaku kesesakan lalu lintas di beberapa laluan di Tapah berikutan kejadian tanah runtuh di tebing bukit yang mengakibatkan sebahagian jalan menjadi satu lorong," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Morni Mamat berkata, jabatan itu menempatkan empat anggota di kawasan empangan berkenaan.

Langkah itu bagi memantau sekitar kawasan berkenaan terutama ketika hujan lebat, selain menyalurkan maklumat jika berlaku pelepasan air dari empangan itu, katanya.

"Malahan, pusat operasi bencana di Lembah Bertam juga masih dibuka untuk memantau situasi dari semasa ke semasa terutama jika berlaku banjir kilat," katanya.

Kejadian pada pukul 6.30 petang, Rabu mengakibatkan penghuni di tebing Sungai Bertam diarah berpindah apabila air empangan berkenaan dilepaskan secara berperingkat berikutan hujan lebat.

Turut terbabit dalam kejadian banjir lumpur itu adalah penduduk sekitar pekan Ringlet.

Setakat ini, lima maut dalam kejadian itu, manakala lima lagi mengalami kecederaan.

Tags / Kata Kunci: empangan , Tapah , paras air , Cameron Highlands

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan