Tunku Puteri Intan Safinaz Dimasyhurkan Canselor UUM - Berita Semasa | mStar

Tunku Puteri Intan Safinaz Dimasyhurkan Canselor UUM

Diterbitkan: Sabtu, 8 November 2014 2:44 PM

Idris (dua, kiri) menyerahkan watikah pemasyuran Canselor kepada Tunku Puteri Intan Shafinaz (kanan) pada Istiadat Pemasyuran Canselor dan Konvokesyen ke-27 UUM di Dewan Mu'adzam Shah di sini, Sabtu. Turut kelihatan Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak (kiri).

(Ubah saiz teks)

SINTOK: Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) yang baharu.


Majlis pemasyhuran Canselor itu disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh.

Majlis pemasyhuran itu diadakan sebelum bermulanya sesi pertama Majlis Konvokesyen ke-27 UUM di Dewan Mu'azam Shah, UUM di sini, Sabtu.

Tunku Puteri Intan Safinaz kemudian mengurniakan Ijazah Doktor Falsafah kepada dua tokoh iaitu bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu bagi Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Pembangunan), manakala seniman Datuk Mohd Nasir Mohamad atau M. Nasir menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Industri Kreatif).

Majlis konvokesyen akan berlangsung dalam sembilan sesi bermula Sabtu hingga 12 November.

Secara keseluruhan, seramai 6,608 graduan bakal menerima ijazah masing-masing, termasuk 482 graduan asing dari 26 negara.


Tags / Kata Kunci: UUM , Canselor , Tunku Puteri Intan Shafinaz
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan