Kerja Mendalamkan Sungai Bertam Dijangka Mula Bulan Depan - Palanivel

Diterbitkan: Sabtu, 8 November 2014 2:50 PM

Kerja-kerja menambak tebing jalan raya yang runtuh akibat banjir kilat dilakukan bagi mengelak kecelakaan lain berlaku.

(Ubah saiz teks)

CAMERON HIGHLANDS: Kerja-kerja mendalamkan dan membaiki tebing Sungai Bertam dijangka bermula pada bulan depan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel.


Beliau berkata, projek itu boleh dimulakan selepas isu dan pampasan membabitkan 11 lot tanah persendirian di Lembah Bertam yang dilanda banjir pada Oktober tahun lepas selesai.

Katanya, projek itu akan dilaksanakan melalui peruntukan RM40 juta yang diluluskan kerajaan tahun lepas.

"Walaupun peruntukan itu diluluskan lebih awal namun ia akan dilaksanakan selepas isu tersebut dapat diselesaikan," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan banjir di Lembah Bertam di sini, Sabtu.

Katanya, kerja membaiki tebing termasuk meluruskan sungai perlu dilaksanakan bagi mengelak kejadian banjir di kawasan itu berulang.

Mengenai peruntukan RM40 juta bagi pemuliharaan Tasik Ringlet, Palanivel berkata beliau akan membincangkannya pada mesyuarat Kabinet minggu depan.

"Ekoran hujan lebat air melimpah dan menyebabkan kawasan Kampung Baru, Ringlet dilanda banjir. Oleh kerana itu pemuliharaan sungai perlu dilaksanakan," katanya.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang Rabu lepas, penduduk di tebing Sungai Bertam dekat sini diarahkan berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat.

Pekan Ringlet juga dilanda banjir kilat apabila air di sungai berhampiran naik melebihi paras tebing ekoran hujan lebat selama sejam.

Kejadian itu mengorbankan lima mangsa manakala lima lagi cedera.

Ia turut menjejaskan 203 penduduk yang terdiri daripada 47 keluarga di Kampung Baru dan Lembah Bertam yang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Dewan Orang Ramai Ringlet.


iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan