Cameron Highlands: 91 Mangsa Ditempat Di Pusat Pemindahan

Diterbitkan: Sabtu, 8 November 2014 12:35 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim (kiri) meluangkan masa bertemu dengan mangsa banjir kilat Kampung Baru Ringlet dan banjir lumpur Lembah Bertam semasa mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara Mangsa Banjir di dewan orang ramai Pekan Ringlet pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

CAMERON HIGHLANDS: Sehingga pukul 9.30 pagi Sabtu, mangsa banjir kilat yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Mangsa Bencana di Dewan Serbaguna Orang Ramai, Ringlet di sini adalah berjumlah 91 orang daripada 28 keluarga.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Wan Zahari Wan Busu berkata kesemua mangsa dipindahkan ke situ sejak Rabu lepas. Beliau berkata mangsa masih tidak dibenarkan pulang ekoran cuaca yang tidak menentu.

"Faktor cuaca tidak mengizinkan kerana hujan lebat turun sekejap-sekejap. Mangsa hanya akan dibenarkan pulang untuk mengambil barang keperluan apabila hujan berhenti," katanya kepada Bernama di sini.

Para mangsa merupakan penduduk sekitar tebing Sungai Bertam yang diarah berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat.

Sementara itu Pekan Ringlet juga dilanda banjir kilat apabila air di sungai berhampiran naik melebihi paras tebing berikutan hujan lebat selama sejam.

Lima orang terkorban manakala lima lagi cedera dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di sini Rabu lalu.

Tags / Kata Kunci: banjir lumpur , cameron highlands

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan