Paras Air Empangan Sultan Abu Bakar Naik, Namun Dilaporkan Normal - Polis

Diterbitkan: Sabtu, 8 November 2014 7:25 PM

(Ubah saiz teks)

CAMERON HIGHLANDS: Paras air di Empangan Sultan Abu Bakar di Lembah Bertam dilaporkan meningkat sedikit kepada 3,500 meter berbanding 3,498 meter pagi tadi berikutan hujan lebat sejak pukul 4.30 petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Zahari Wan Busu berkata bagaimanapun catatan paras air itu dilaporkan normal dan tidak berada di paras bahaya.
 
"Rabu lepas, paras air di empangan berkenaan mencatatkan 3,509 meter yang dikategorikan bahaya," katanya ketika dihubungi Bernama petang ini. 

Beliau berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan agensi-agensi keselamatan yang terlibat sentiasa memantau keadaan semasa, di sini.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Ringlet mendapati keadaan cuaca di sini tidak menentu dan hujan turun sekejap-sekejap.
 
Manakala jumlah mangsa yang masih berada di Pusat Pemindahan Mangsa Bencana di Dewan Serbaguna Orang Ramai, Ringlet, setakat pukul 5 petang ini masih kekal dan tidak berubah iaitu 91 orang terdiri daripada 28 keluarga, sejak pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang Rabu lepas, penduduk di tebing Sungai Bertam dekat sini diarahkan berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang meningkat akibat hujan lebat.

Sementara itu, Pekan Ringlet juga dilanda banjir kilat apabila air di sungai berhampiran naik melebihi paras tebing ekoran hujan lebat selama sejam.

Dalam kejadian itu, lima orang turut terkorban manakala lima lagi cedera.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan