Khalid Samad Persoal Fatwa Haramkan SIS

Diterbitkan: Jumaat, 7 November 2014 12:12 AM

Khalid Samad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mempersoalkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor yang melibatkan kumpulan feminis.

"Terdapat banyak perkara yang saya tidak dapat lihat secara bertentangan mata dengan SIS.

"Kami banyak berdebat, pada saya, prinsip keadilan adalah kita tidak boleh menilai tanpa memberi ruang untuk membela diri.

"Inilah sebabnya mengapa saya bercakap mengenai perkara ini," katanya.

Pada Selasa, Khalid dan dua lagi Ahli Parlimen daripada PAS - Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar) dan Hanipa Maidin (Sepang) – mempertikaikan jawatankuasa tersebut berhubung keputusan sebelum ini bahawa 'pluralisme' dan liberalisme bertentangan dengan ajaram Islam.

SIS memfailkan semakan kehakiman kerana tidak berpuas hati dengan fatwa Mais terhadap pengharaman itu dengan alasan mereka tidak menentang sebarang undang-undang sebaliknya hanya menggunakan hak kebebasan sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan.

Menyifatkan proses (mengeluarkan fatwa) dipersoalkan, Khalid berkata adalah salah untuk menghukum sebuah parti tanpa memberi peluang kepada mereka untuk membela diri.

Khalid berkata SIS mengamalkan hak dasar apabila ia memfailkan semakan kehakiman.

"Dakwaan menyimpang daripada ajaran Islam adalah dakwaan yang serius. Jika kita mahu menghukum, kita perlu melakukannya dengan adil," kata Khalid pada sidang media di pejabatnya di sini pada Khamis.

Terdahulu, beliau dan Dr Mujaahid mengadakan pertemuan tertutup dengan SIS di pejabatnya.

Turut hadir anggota pengasas SIS, Zainah Anwar dan lembaga pengara, Datin Paduka Marina Mahathir.

'Fatwa itu hadir secara mengejut. Saya diberitahu SIS bahawa mereka bertemu Mais pada 2012 untuk membincangkan isu wanita dalam Islam.

"Hari ini, dua tahun kemudian, mereka mengeluarkan fatwa mengatakan SIS menyimpang.

"Adalah tidak benar, ia amat menyedihkan. Kami mahu institusi agama untuk menunjukkan tahap profesionalisme dan keadilan yang tinggi," kata Khalid.


Tags / Kata Kunci: SIS , Khalid Samad , PAS

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan