Lokasi Pencarian Mangsa Tertimbus Berisiko Tinggi

Diterbitkan: Jumaat, 7 November 2014 12:04 AM

Anggota Bomba dan Penyelamat bersama anggota keselamatan yang lain berusaha mencari dan menyelamat dua lagi pekerja kebun yang disyaki tertimbus di cerun bukit akibat tanah runtuh di sini, Khamis.

(Ubah saiz teks)

CAMERON HIGHLANDS: Lokasi pencarian sepasang warga Indonesia yang dipercayai tertimbus runtuhan tanah di kebun sayur Sungai Kabok di Lembah Bertam di sini, merupakan kawasan berisiko tinggi.


Pegawai Operasi Bahagian Operasi dan Menyelamat Bomba negeri, Penguasa Bomba Alimuddin Bukri berkata, misi mencari sukar serta berbahaya kerana kawasan operasi itu mempunyai kecerunan antara 70 hingga 80 darjah.

"Sekiranya berlaku pergerakan tanah dan terjadi apa-apa kepada pokok-pokok pisang berkenaan, maka nyawa anggota berada di dalam bahaya memandangkan kecerunan lokasi sangat tinggi.

"Selain itu, kawasan tersebut tidak memerima liputan komunikasi, menyukarkan pasukan bomba untuk membuat sebarang bentuk perhubungan sekiranya berlaku sesuatu," katanya ketika ditemui di sini, Khamis.

Beliau berkata, jarak perjalanan antara jalan raya ke lokasi kejadian mengambil masa selama satu jam setengah.

Jambatan yang menghubungkan jalan ke kebun berkenaan telah roboh disebabkan arus deras air menyebabkan satu-satunya cara sampai ke lokasi ialah dengan mendaki bukit, kata Alimuddin.

"Masa yang lama diambil untuk sampai ke lokasi kerana kami membawa kelengkapan menyelamat. Sekiranya tanpa kelengkapan, hanya 45 minit diperlukan untuk tiba," jelas beliau.

Menurutnya, pergerakan tanah juga menjadi antara punca misi menyelamat bertambah sukar.

Katanya, situasi itu menyebabkan kedudukan lokasi tidak stabil dan boleh mengundang bahaya kepada anggota misi.

"Oleh sebab itu, pasukan Unit Anjing Pengesan (K9) bomba akan membantu misi pencarian esok. Unit berkenaan ditugaskan mengenal pasti lokasi tumpuan pencarian," ujar beliau.

Tags / Kata Kunci: kebun sayur , Sungai Kabok , bomba

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan